Berakhir MoU, PM tak lagi terikat dan bebas tentukan bila PRU-15

July 15, 2022 · Politik

Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak lagi terikat untuk menentukan masa yang sesuai membubarkan Parlimen apabila berakhirnya memorandum persefahaman (MoU) dengan blok pembangkang, Pakatan Harapan (PH).

Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan menyifatkan langkah Ismail Sabri menandatangani MoU sebelum ini dengan pembangkang hanya bertujuan untuk mewujudkan kestabilan politik memandangkan keadaan ketika itu tercetusnya krisis sehingga tiga kali bertukar PM.

“MoU yang wujud hari ini telah membantu kestabilan politik sewaktu suasana berbeza tahun lepas. Ia lahir dari kematangan dwi-partisan yang dipuji oleh Yang di-Pertuan Agong sendiri dalam titah diraja Baginda.

“Setelah bertukar tiga PM dalam sepenggal, persefahaman antara kerajaan dan pembangkang meredakan suhu dan membolehkan pentadbiran dijalankan tanpa tanda soal berterusan,” katanya dalam kenyataan media.

Menurutnya, MoU tersebut mengikat Ismail Sabri untuk tidak membubarkan Parlimen sebelum 31 Julai dan ia menyebabkan terikat untuk memilih tarikh yang sesuai untuk mengadakan pilihan raya umum ke-15 (PRU-15).

“PRU akan tetap tiba. Disini, UMNO dan PM dari UMNO perlu ada ruang menentukan tarikh sesuai.

“Sedar atau tidak, dengan MoU sedia ada, ruang itu tertutup untuk satu tempoh kerana wujud persetujuan untuk tidak membubarkan Parlimen sebelum 31 Julai 2022. Tak apa, kita faham situasi pada waktu itu dan kemaslahatan lebih besar; tetapi sekarang senarionya sudah berbeza,” katanya lagi.

Shahril menegaskan UMNO berpendirian untuk tidak meneruskan MoU tersebut apabila IA berakhir pada 31 Julai dan Ismail Sabri selepas itu bebas untuk menentukan masa yang sesuai untuk membubarkan Parlimen dan mengadakan PRU-15.

“Maka sebab itulah parti buat keputusan agar selepas 31 Julai tangan kita tidak terikat lagi dan opsyen akan ada di tangan PM.

“PM orang UMNO dan umum mengetahui keputusan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) untuk memberi mandat kepada Top 5 untuk berbincang,” katanya.

Kenyataan Shahril tersebut dilihat sebagai reaksi balas terhadap kritikan Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Nazri Aziz yang mendakwa tindakan UMNO mahu menamatkan MoU dan mendesak PRU disegerakan adalah disebabkan mahu mengelak kes mahkamah dihadapi pemimpin utamanya.

“Yang menentang MoU bukanlah dari pihak pembangkang. Tetapi dalam parti kami. Mereka yang dalam UMNO.

“Saya bimbang tentang UMNO. Tidak bimbang tentang PAS atau Bersatu. UMNO adalah musuh terbesar kita pada masa ini,” katanya dipetik dalam portal MalaysiaNow semasa satu forum di Singapura semalam.

Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bersama rakannya, Datuk Seri Najib Razak ketika ini sedang berdepan pendakwaan dan sedang dibicarakan di mahkamah.

Untuk rekod, Najib sudah disabitkan hukumannya berhubung kes rasuah dana SRC International Sdn Bhd dan kini sedang diperingkat terakhir proses rayuan di Mahkamah Persekutuan.

Terdahulu, UMNO sudah membuat ketetapan dan meminta Ismail Sabri supaya tidak menyambung MoU dengan pembangkang yang akan berakhir 31 Julai ini.

Malah, Zahid juga berkali-kali sudah memberi isyarat kepada Ismail Sabri agar segera membubarkan Parlimen bagi memberi laluan PRU-15 diadakan.

Bagaimanapun, difahamkan sehingga hari ini masih belum ada perbincangan antara lima pemimpin tertinggi UMNO diadakan untuk mencari tarikh PRU, ia walaupun semasa PAU Khas sebelum ini ketetapan sudah dibuat supaya “Top 5” berunding.

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024· Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Popular
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Selepas Muhyiddin gesa tangani isu inflasi dan nilai ringgit, baharu Anwar desak
September 28, 2022
Akar umbi tolak Anwar, tapi Presiden mahu pula: Ismail Mohamed
April 25, 2021
Pemuda UMNO kekal pendirian, tak takut cabaran Dong Zong: Akmal
May 2, 2023
Lagi Politik terkini
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok