Berakhir MoU hari ini, Ketua Puteri UMNO gesa disegerakan PRU-15

July 31, 2022 · Politik

Baharu sahaja berakhir memoramdum persefahaman (MoU) antara kerajaan dengan Pakatan Harapan (PH) hari ini, desakan supaya mengadakan pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) mula kedengaran.

Ketua Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan tanpa membuang masa terus memulakan asakan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob supaya tidak menghiraukan tuntutan pembangkang agar MoU diteruskan, sebaliknya dicadangkan supaya membubar Parlimen.

“Hari ini adalah tarikh terakhir MOU (perjanjian persefahaman kerajaan dan Pakatan Harapan untuk) tidak ada pilihan raya sebelum 31 Julai.

“Ertinya pilihan raya boleh diadakan pada bila-bila masa. Kami mahu pilihan raya diadakan segera dan jangan sesekali melayan kehendak pembangkang dan juga Bersatu yang mahu melengah-lengahkan pilihan raya sehingga hujung penggal,” katanya dipetik laporan BH hari ini.

Zahida berucap semasa Konvensyen Puteri BN di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (PWTC).

Zahida berkata, Barisan Nasional (BN) juga tidak boleh menunggu sehingga parti lawan bergabung untuk mengadakan PRU-15 kerana itu akan menjejaskan peluang untuk menang besar nanti.

“Kenapa kita perlu tunggu mereka bergabung, baharu kita nak serang, jangan kita berikan mereka vitamin untuk mereka lebih kuat. Bodohlah kita, tidak menyerang ketika musuh kita lemah,” katanya.

Jelasnya lagi, UMNO sudah tidak sabar menunggu PRU diadakan kerana mengetahui bakal menang besar nanti.

“Kami tidak sabar menunggu pilihan raya diadakan segera,” katanya lagi.

Terdahulu, Ismail Sabri memberi isyarat jelas tidak akan ada lagi perjanjian atau Mou baharu yang akan disambung antara kerajaan dengan PH.

Ismail Sabri akur dengan pendirian partinya, UMNO yang sudah membuat ketetapan supaya tiada MoU 2.0 akan dimerterai dengan PH walaupun terdapat usaha untuk menyambung MoU 2.0 yang baharu selepas tamat pada 31 Julai ini.

“Soal sambung tak sambung (MoU) tak penting, yang pentingnya sekarang adalah soal persefahaman untuk kepentingan rakyat masih boleh kita teruskan. Kerjasama bertulis tidak ada lagi lepas ini.

“Kita sama-sama bersetuju untuk tidak ada perjanjian atau persefahaman baharu. Saya pun mesti akur dengan keputusan parti saya. Saya sudah maklumkan kepada mereka (pemimpin PH), UMNO sudah buat ketetapan tidak sambung.

“Tapi dari segi perjanjian secara bertulis, semua sudah bersetuju tidak perlu ada perjanjian bertulis baru, tapi persefahaman untuk kepentingan rakyat kita boleh diteruskan bagi menjamin kestabilan politik,” katanya baru-baru ini.

Sebelum ini, Pengerusi PH yang juga Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menjelaskan tarikh akhir MoU itu belum muktamad kerana dokumen berkenaan tidak menetapkan tarikh akhir, sebaliknya hanya menyebut tarikh membabitkan PRU-15.

Berita berkaitan
MP PKR mahu Anwar perbetulkan kesilapan, pertikai lantikan anak
5 jam lalu· Politik
Dalam wawancara media antarabangsa, Anwar disoal berhubung isu kes rasuah Zahid
6 jam lalu· Politik
Pertemuan dengan RoS, Mat Maslan kata UMNO pertahan usul tiada pertandingan
January 31, 2023· Politik
Fahmi beritahu dirinya sudah dilantik sebagai jurucakap kerajaan
January 31, 2023· Isu semasa
Popular
Beku akaun Bersatu, sabotaj terhadap PN sebelum PRN sudah bermula?
February 1, 2023
Tiada UMNO pun nasib agama, bangsa Melayu tetap dibela
February 1, 2023
Betulkah dalam akaun Bersatu ada sehingga RM4 bilion? Lihat penyata
February 1, 2023
Dalam wawancara media antarabangsa, Anwar disoal berhubung isu kes rasuah Zahid
February 1, 2023
Lagi Politik terkini
Bersatu bidas kerajaan campuran tekan musuh politik, siasatan SPRM kerana fitnah
4 jam lalu · Politik
Beku akaun Bersatu, sabotaj terhadap PN sebelum PRN sudah bermula?
7 jam lalu · Politik
Betulkah dalam akaun Bersatu ada sehingga RM4 bilion? Lihat penyata
7 jam lalu · Politik
Anak beranak jaga perbendaharaan, Malaysia bukan milik Anwar sahaja
8 jam lalu · Politik
MB Kedah kata pelik bila PM lantik anak jadi penasihat kanan negara
9 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Kerajaan negeri perlu tegas, bukan takut dengan pembela peneroka haram
3 jam lalu
[VIDEO] Anwar dalam diam ‘sedekah’ jawatan pada anak sendiri
18 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok