Bentang Bajet 2023 baru bubar Parlimen, saran Nazri

April 21, 2022 · Politik

Kerajaan seharusnya membentang Bajet 2023 sebelum membubarkan Parlimen bagi memberi laluan untuk pilihan raya umum ke-15 diadakan, kata Ahli Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Menurut Nazri, Barisan Nasional (BN) akan mampu menambat hati rakyat sekiranya ia dapat menyediakan bajet yang bagus sekaligus mencerahkan peluang blok tersebut kembali membentuk kerajaan Persekutuan.

Sambil menempelak ahli parlimen yang menggesa Parlimen dibubarkan lebih awal tanpa sebarang persediaan rapi, Nazri berkata seorang ahli politik yang bijak hanya akan meminta pilihan raya diadaan selepas bajet diluluskan di Parlimen.

“Kita sebagai seorang ahli politik yang tidak cerdik kalau kita tidak menggunakan kesempatan yang boleh ada pada kita iaitu untuk mengumumkan bajet, yang baik, yang rakyat suka, kalau rakyat suka dia akan sokong kita.

“Mengapa hak ini ada pada kita, yang legit, yang sah kita tidak mahu guna. Ini kadangkala saya rasa setengah-setengah kita terlalu nampak tentang kepentingan diri sahaja.

“Nak buat PRU kenapa? Kerana mereka lihat kali ini kita menang semua nak jadi Ahli Parlimen, semua nak bertanding.

“Ini masalah kita, terlalu banyak kepentingan peribadi. Fikirlah kepentingan parti,” Nazri dipetik sebagai berkata oleh Awani.

Nazri turut mengingatkan bahawa kuasa membubar Parlimen berada di tangan Yang Di-Pertuan Agong, dan menasihatkan ahli-ahli parlimen supaya tidak terlampau ghairah menggesa pilihan raya diadakan lebih awal.

Spekulasi Parlimen akan dibubar dalam masa terdekat ini bertiup kencang susulan dari keputusan Majlis Tertinggi Umno yang membuat ketetapan supaya Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik antara kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan (PH) yang berakhir 31 Julai ini untuk tidak disambung.

BN juga tampak sudah bersedia menghadapi pilihan raya apabila sebulat suara menamakan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yakoob selaku calom perdana menteri blok tersebut dalam PRU15.

 

Berita berkaitan
Polis siasat Muhyiddin berhubung ucapan semasa ceramah PRK Kemaman
December 2, 2023· Politik
Wan Saiful cabar DAP saman UMNO-BN dalam isu Komunis
November 17, 2023· Politik
Zahid kata kerusi Kemaman kubu kuat UMNO
November 13, 2023· Politik
PRK Kemaman: Zahid beri bayangan Ahmad Said mungkin tak dicalon semula
October 23, 2023· Politik
Popular
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Lagi Politik terkini
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024 · Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok