Benarkan kempen bersemuka jika PRN Johor tidak ditangguh: Guan Eng

February 11, 2022 · Politik

DAP mendesak supaya kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dibenarkan secara bersemuka jika ia tidak ditangguhkan.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata tindakan kerajaan yang tidak mahu menangguhkan PRN Johor disifatkan sama dengan pendekatan negara Barat yang tidak mementingkan nyawa orang ramai walaupun menyedari bahaya penularan Covid-19 yang lebih cepat tersebar akibat varian Omicron.

“Di sebalik gelombang baharu, kerajaan bertegas untuk meneruskan PRN Johor dan tidak akan ditangguhkan serta kerajaan bercadang untuk membuka semula sempadan negara pada 1 Mac nanti.

“Ini tidak berbeza dengan amalan negara Barat yang membuat demikian kerana angka kematian yang rendah dan bukan disebabkan Omicron. Jika begitu, maka tidak ada sebab untuk tidak membenarkan kempen penuh termasuk ceramah atau perhimpunan awam untuk PRN Johor,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Guan Eng juga membidas kerajaan sebagai gagal dan lalai dalam tugas membendung penularan Covid-19 sehingga menyebabkan angka kes harian meningkat dengan mendadak kini.

“Pengurusan kerajaan bagi varian Omicron setakat ini menunjukkan kegagalan dan kelalaian tugas yang teruk serta digunakan untuk kepentingan politik sendiri untuk mendapatkan kelebihan maksimum pengundian pada PRN Johor akan datang,” katanya menerusi satu kenyataan media.

Guan Eng pertikaikan sama ada kerajaan boleh dianggap serius dalam pengurusan Covid-19 apabila kali terakhir jawatankuasa itu bermesyuarat dengan dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob adalah pada 5 November 2021.

Setakat ini, Malaysia telah mencatatkan 32,075 jumlah kematian sekali gus merupakan negara yang mencatatkan kematian per kapita tertinggi di rantau Asia.

Mengulas lanjut, Guan Eng yang juga merupakan bekas menteri kewangan berkata walaupun dengan gelombang baharu yang melanda, kerajaan masih tidak mengadakan mesyuarat jawatankuasa pengurusan Covid-19 sejak tiga bulan lalu.

“Daripada menumpukan sepenuhnya untuk mengatasi gelombang jangkitan terbaru yang kini telah mencapai hampir tiga juta kes, tiada mesyuarat jawatankuasa tertinggi Pengurusan Covid-19 diadakan sejak tiga bulan lalu.

“Jelas sekali kegagalan untuk bermesyuarat dan membuat keputusan untuk mengawal gelombang terbaru Omicron adalah satu lagi kegagalan dan pengabaian tugas yang teruk di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob,” katanya.

Berita berkaitan
Pembahagian kerusi PN dalam PRN berjalan dengan baik, sudah selesai: Sanusi
18 jam lalu· Politik
Armada Bersatu dakwa Guan Eng dan PMX kelirukan dewan, buat laporan polis
March 24, 2023· Politik
Bila DAP nak ada Setiausaha Agung orang Melayu pula?
March 22, 2023· Politik
Isu ziarah gereja: Polis akan panggil Hannah Yeoh untuk dirakam keterangan
March 20, 2023· Isu semasa
Popular
PRN: UMNO ada senjata tekan parti komponen PH beri kerusi sama rata
March 26, 2023
Kebimbangan kebebasan bersuara disekat meningkat bawah kerajaan Anwar: Media Singapura
March 26, 2023
PRN: PN sudah ada calon MB, poster boy di Selangor, Negeri Sembilan
March 26, 2023
Pembahagian kerusi PN dalam PRN berjalan dengan baik, sudah selesai: Sanusi
March 25, 2023
Lagi Politik terkini
Kebimbangan kebebasan bersuara disekat meningkat bawah kerajaan Anwar: Media Singapura
7 jam lalu · Politik
PRN: UMNO ada senjata tekan parti komponen PH beri kerusi sama rata
8 jam lalu · Politik
PRN: PN sudah ada calon MB, poster boy di Selangor, Negeri Sembilan
9 jam lalu · Politik
Guan Eng! Jangan jadi telunjuk lurus kelingking berkait: Ketua Armada
20 jam lalu · Politik
Srikandi Bersatu gesa PH-BN tak mansuh Skim Rumah Pertamaku
March 25, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar bohong untuk lindungi Guan Eng, aniayai Muhyiddin
March 24, 2023
[VIDEO] Laporan polis premis mahu anjur pesta kepondanan, LGBT
March 22, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok