Benarkah Sulaiman dipaksa letak jawatan Ketua Menteri Melaka?

May 8, 2022 · Politik

Lima daripada enam ketua UMNO bahagian di Melaka berharap Datuk Seri Sulaiman Md Ali akan kekal sebagai Ketua Menteri (KM) sehingga tamat penggal pentadbiran setelah Barisan Nasional (BN) menguasai negeri itu pada Pilihan Raya Negeri tahun lalu.

Kelima-lima UMNO bahagian itu ialah Kota Melaka; Tangga Batu; Hang Tuah Jaya; Jasin; dan Alor Gajah.

Manakala UMNO bahagian Masjid Tanah tidak disebut dalam kenyataan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad, ketika menafikan Sulaiman dipaksa meletak jawatan.

Memetik laporan Bernama, Mohamad Ali berkata dakwaan bahawa Sulaiman dipaksa menandatangani surat peletakan jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka, adalah fitnah dan tidak berasas.

Sebaliknya menurut beliau, Sulaiman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu, akan terus memegang jawatan itu sehingga tamat penggal seperti mana yang dipersetujui sebelum ini.

“Pucuk pimpinan tertinggi UMNO dan lima Ketua UMNO Bahagian di Melaka iaitu Kota Melaka, Tangga Batu, Hang Tuah Jaya, Jasin dan Alor Gajah, telah setuju menjadikan Sulaiman sebagai Ketua Menteri.

“Kami berharap Sulaiman akan terus memegang jawatan itu sehingga habis tempoh jawatannya iaitu selama lima tahun,” katanya ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Dewan Undangan Negeri Sungai Udang dan Parlimen Tangga Batu malam tadi.

Semalam, terdapat dakwaan yang dimuat naik di sebuah akaun Facebook kononnya Sulaiman telah dipaksa menandatangani surat perletakan jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka.

Dalam pada itu, Mohamad Ali yang juga Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara berkata UMNO Melaka akan terus menyokong dan mempertahankan Sulaiman daripada diganggu pihak tertentu yang mahu menjatuhkannya.

“Saya berharap mulai hari ini, tidak akan timbul lagi desas-desus yang mengatakan ada orang akan menggantikan Sulaiman seperti mana yang dilaporkan sebelum ini,” katanya.

Sulaiman mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13 di Pejabat Yang Dipertua Negeri Melaka pada 21 Nov tahun lepas, selepas Barisan Nasional memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Ini merupakan kali kedua Sulaiman dilantik sebagai Ketua Menteri Melaka selepas pertama kali dilantik ke jawatan berkenaan pada 9 Mac 2020, menggantikan Adly Zahari yang dilantik Ketua Menteri Melaka ke-11 pada 11 Mei 2018.

Berita berkaitan
UMNO diramal hilang separuh sokongan akar umbi, kata KJ
2 jam lalu· Politik
Kes sedang dalam perbicaraan minta digugurkan, ini kerajaan luar tabii: Razali
13 jam lalu· Politik
Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
May 28, 2023· Politik
Jangan perasan, Zahid sindir Hadi
May 28, 2023· Politik
Popular
Kes sedang dalam perbicaraan minta digugurkan, ini kerajaan luar tabii: Razali
May 29, 2023
Wakil kerajaan jumpa Tuan Ibrahim tawar kerjasama juga
May 29, 2023
Isu dana judi satu tuduhan berat dibuat PMX tanpa bukti: KJ
May 29, 2023
Jamal disaman RM1 juta berhubung isu ‘pengundi hantu’ semasa PAU
May 29, 2023
Lagi Politik terkini
Isu dana judi satu tuduhan berat dibuat PMX tanpa bukti: KJ
3 jam lalu · Politik
Dana judi: Tarik balik kenyataan, minta maaf kata PAS
5 jam lalu · Politik
Wakil kerajaan jumpa Tuan Ibrahim tawar kerjasama juga
8 jam lalu · Politik
Jamal disaman RM1 juta berhubung isu ‘pengundi hantu’ semasa PAU
9 jam lalu · Politik
Kes RM27 juta SRC: Peguam Najib minta segera perbicaraan jika kes tak digugurkan
10 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Menuduh tanpa bukti tak adil, rakyat akan sedar penipuan Anwar
43 minit lalu
[VIDEO] KJ syor Tengku Zafrul calon MB Selangor jika PH-BN menang di Selangor
8 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok