Belum tiba hari mengundi, Amirudin kata PH-UMNO sudah menang dan yakin jadi MB

August 8, 2023 · Politik

Datuk Seri Amirudin Shari yakin Pakatan Harapan (PH)-UMNO sudah pun memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor.

Keyakinan Menteri Besar Selangor sementara itu dibuat walaupun belum tiba hari mengundi pada 12 Ogos kerana menurutnya PH-UMNO sudah memperoleh majoriti mudah dan beliau kekal menjadi ketua kerajaan negeri itu selepas PRN.

“Setakat malam ini (malam tadi), Kerajaan Perpaduan sudah memperoleh majoriti mudah, malah hampir menuju dua pertiga dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor,” katanya dipetik laporan BH.

Amirudin berceramah semasa siri Ceramah Kita Selangor di Dataran Sadiman, Bukit Changgang malam tadi.

Amirudin berkata, beliau membuat semakan bukan hanya berdasarkan kepada satu agensi, sebaliknya semakan turut diadakan dengan badan tinjauan atau pool (undian) lain.

Katanya, beliau bukan rasa angkuh, sombong dan melompat terlalu awal kerana masih ada empat hari lagi sebelum mengundi.

“Saya sudah kira-kira dan hitung, setakat ini (kita mendahului). PN (Perikatan Nasional) nak claim (dakwa) apa, dakwalah,” katanya.

Amirudin mengakui UMNO-Barisan Nasional (BN) berjaya membangunkan Selangor menjadi sebuah negeri maju dan kini tugas dan peranan itu disambung PH.

“Siapa bangunkan Selangor sampai jadi negeri maju… BN dan saya tidak pernah nafikan, memang BN telah majukan.

“Kini tugas itu disambung PH…sekarang dua-dua elemen itu terbukti membawa kemajuan di Selangor. Gabungan ini akan menjadi gabungan paling mantap dan kukuh untuk membawa Selangor terus maju pada masa hadapan,” katanya lagi.

Berita berkaitan
Bukan Rafizi saja salah tapi PMX juga gagal memimpin negara, kata Tun Faisal kepada Puad
September 29, 2023· Politik
Puad sindir Rafizi gagal tawar formula luar biasa
September 29, 2023· Politik
Zahid umum peruntukan semasa PRN tidak pula dianggap rasuah? soal Ahmad Fadhli
September 29, 2023· Politik
Satu negara harga barang naik, kenapa tumpu jualan murah di Pelangai? soal ADUN Beserah
September 29, 2023· Politik
Popular
Puad sindir Rafizi gagal tawar formula luar biasa
September 29, 2023
Bukan Rafizi saja salah tapi PMX juga gagal memimpin negara, kata Tun Faisal kepada Puad
September 29, 2023
Penyandang jawatan ’Top 5’ kekal, tiada pertandingan pada Muktamar PAS: Takiyuddin
September 29, 2023
Kerusi presiden PAS dan timbalan dipertanding, bukan macam UMNO
January 10, 2023
Lagi Politik terkini
Penyandang jawatan ’Top 5’ kekal, tiada pertandingan pada Muktamar PAS: Takiyuddin
September 29, 2023 · Politik
MP DAP sudah diambil keterangan berhubung video tafsir al-Quran: Ayob Khan
September 29, 2023 · Politik
Jawatan Presiden PAS dan Timbalan berkemungkinan tiada pencabar: Sanusi
September 27, 2023 · Politik
Kerajaan guna isu 3R untuk elak dikritik dan bermotif politik: Dr Mahathir
September 27, 2023 · Politik
Kerusi Kemaman: PAS akan teliti sama ada merayu atau tidak keputusan mahkamah
September 27, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
3 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok