Belum tahu Warisan diberi jawatan, tapi Shafie jumpa Anwar minggu depan bincang

November 28, 2022 · Politik

Setakat ini Parti Warisan belum menerima sebarang maklumat sama ada bakal ada menteri Kabinet akan dilantik dikalangan pemimpinnya dalam kerajaan baharu Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata setakat ini tidak dimaklumkan sebarang isu berhubung lantikan Kabinet tetapi bakal berjumpa dengan Perdana Menteri ke-10 tersebut pada minggu depan untuk berbincang berhubung isu tersebut.

“Saya tidak dengar apa-apa. Saya masih belum bertemu dengan Datuk Seri Anwar. Tapi, saya akan berjumpa dengan beliau pada minggu hadapan,” katanya dipetik laporan Utusan Malaysia.

Sementara itu, Shafie juga menyatakan sokongannya kepada Anwar dan meminta semua pihak agar memberi ruang kepada kerajaan baharu bagi tempoh lima tahun ini.

Beliau berkata, Anwar seorang yang mempunyai pengalaman dalam pentadbiran negara jadi, ruang harus diberikan kepadanya untuk mengetuai kerajaan perpaduan.

“Beliau (Anwar) seorang yang mempunyai pengalaman, bukan tidak ada pengalaman jadi, kita harus berikan ruang kepadanya.

“Ia selaras dengan nasihat Yang di-Pertuan Agong agar kita wujudkan satu penyatuan yang menjadi tonggak penting kepada negara.

“Kerajaan perpaduan ini sangat penting bagi membolehkan negara bergerak maju ke hadapan,” katanya lagi.

Shafie terdahulu menghadiri pembentangan Bajet Negeri Sabah 2023 di Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam.

Ketika ini, parti Warisan antara parti yang menyatakan sokongan terhadap Pakatan Harapan (PH) yang mengetuai kerajaan perpaduan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Popular
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Akar umbi tolak Anwar, tapi Presiden mahu pula: Ismail Mohamed
April 25, 2021
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024
Lagi Politik terkini
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024 · Politik
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok