Belum jumpa formula, Rafizi mungkin sudah terkena sihir UMNO

January 24, 2023 · Politik

Rafizi Ramli masih tercari-cari formula untuk menurunkan harga barang dan anehnya, pakar matematik Pakatan Harapan (PH) itu semakin hilang taring sejak menjadi Menteri Ekonomi.

Jawatan Menteri Ekonomi yang diberikan kepada Rafizi sepatutnya digunakan sebaiknya bagi mencari jalan untuk menangani masalah dihadapi rakyat yang saban hari dibebani peningkatan kos sara hidup, namun sebaliknya dihampakan dengan kenyataan yang tidak masuk akal daripada Timbalan Presiden PKR itu.

Satu persatu kenyataan tidak logik dikeluarkan oleh Rafizi yang sebelum ini dianggap pakar formula PH, bermula dengan menggesa orang ramai tidak membeli ayam jika mahal dan termasuklah mendakwa peniaga sebagai punca kenaikan harga makanan walaupun harga bahan mentah sudah rendah.

Rafizi berkata bahan mentah seperti ayam dan daging di pasaran sudah turun, tetapi nampaknya dalam media sosial beliau disanggah dan dikecam secara berjemaah dengan pengguna alam maya mendakwa harga barang asas itu masih tinggi lagi.

Malah, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) juga secara terbuka mengeluarkan kenyataan menyanggah Rafizi berhubung kenyataannya tersebut sebelum ini.

MAPIM berkata kenyataan Rafizi itu tidak tepat memandangkan data terbaharu dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menunjukkan sebaliknya, malah aduan yang diterima daripada pengguna mendapati pengusaha gerai dan restoran menaikkan harga pada kadar 10 hingga 40 peratus.

Berbeza dengan Rafizi sebelum ini yang bercakap dan berhujah dengan menggunakan fakta, nampaknya kali ini hujahnya hanya cakap kosong dan retorik sedap mulut sahaja.

Realitinya, setiap hari pengguna mengadu berhubung kenaikan harga barang, tetapi mungkin Rafizi terlepas pandang dan tidak kerap ke pasar raya selepas sering sibuk sejak menjadi menteri.

Bukan sahaja tidak jumpa formula untuk menurunkan harga barang, malah rakyat juga tertunggu-tunggu formula untuk menurunkan harga minyak dan kereta yang sebelum ini pernah dijanjikannya.

Malangnya, formula minyak dan kereta yang dibangga-banggakan oleh pengikut fanatiknya tidak nampak bayang.

Sudah hampir tiga bulan Rafizi menjadi menteri, tidak pasti apakah kejayaan yang sudah dikecapi oleh kementeriannya dalam membantu ekonomi negara, malah harga ayam dan telor pun gagal ditangani setakat ini.

Adakah Rafizi kini sudah terkena sihir UMNO sehingga terlupa semua formulanya?

Betul-betul bahaya UMNO ini, sehinggakan Rafizi yang dahulu hebat mencari formula pun gagal dek kerana sudah terkena sihir UMNO dan menjadi tidak ada hala tuju.

Masalah utama Rafizi sekarang ini adalah kerana UMNO yang mungkin menjadi batu penghalang kepada usahanya dalam mencari formula ekonomi terbaik kepada negara.

Maklumlah, perkahwinan campur-campur dalam kerajaan pasti mempunyai halangan dan ujian yang perlu dihadapi bersama, jika tidak sukar untuk mempertahankan rumah tangga politik dalam kerajaan campuran PH-UMNO ini.

Buat Rafizi, jika terkena sihir UMNO, elok cepat berubat dan cari penawar, bukan apa takut nanti kepala bertambah botak lagi.

Jangan nanti botak licin sudahlah, bahaya betul sihir UMNO sehingga insan hebat seperti Rafizi pun boleh jadi biol.

Berita berkaitan
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Popular
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Lagi Politik terkini
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok