Belum buat keputusan pilih kerusi bertanding, baik Anwar pilih Bagan Datuk

September 25, 2022 · Politik

Nampaknya Datuk Seri Anwar Ibrahim belum membuat keputusan untuk bertanding kerusi pada pilihan raya umum ke-15 (PRU-15), beberapa kali Presiden PKR itu memberi isyarat untuk beralih angin ke kerusi yang lain dan bukannya di Port Dickson.

Bulan lepas, Ketua Pembangkang itu semasa berada di Tambun memberitahu keiinginannya untuk bertanding kerusi disandang oleh Timbalan Presiden Bersatu dan bukan lagi di Port Dickson dan ia disambut girang para penyokongnya.

Sebelum itu terdapat juga spekulasi mengatakan Anwar mahu kembali ke Permatang Pauh bertanding disana dan boleh dikatakan terdapat banyak kerusi yang sedang diintai oleh cikgu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi itu.

Bagaimanapun sehingga sekarang Anwar belum membuat keputusan untuk bertanding di kerusi mana satu tetapi semestinya ia harus kerusi selamat yang akan dapat memastikan kemenangannya bagi memastikan cita-cita menjadi Perdana Menteri dapat menjadi kenyataan.

Anehya, Anwar tidak pula berhasrat dan mahu mencuba nasib melawan anak muridnya yang juga Presiden UMNO di Parlimen Bagan Datuk, bukankah kerusi tersebut juga sama seperti Tambun yang berada dalam negeri Perak juga.

Tidak perlulah Anwar berdrama dan membuat gimik untuk bertanding di kerusi yang disandang parti lain, lebih baik sekiranya beliau mencabar Zahid di Bagan Datuk jika benar-benar mahu menjadi PM ke-10 selepas ini.

Sebagai seorang cikgu, Anwar perlu memberi tunjuk ajar kepada anak muridnya yang sebelum ini menipunya hidup-hidup sehingga gagal menjadi PM. Hanya dengan cara itu Anwar boleh menunjukkan kepada Zahid siapa bos sebenarnya, jangan lawan cikgu.

Anwar perlu sedar Zahid sebenarnya adalah calon PM bagi UMNO jika dapat memenangi PRU-15, jadi adalah lebih baik fokus ditumpukan di kerusi Parlimen yang disandang oleh anak muridnya itu.

Persoalannya kini, adakah Anwar tidak sanggup untuk melawan anak muridnya tersebut atau adakah kedua-duanya masih mempunyai pakatan di belakang tabir yang tidak diketahui oleh umum.

Bukannya rakyat tidak tahu hubungan Anwar dan Zahid, malah sebelum ini semasa menumbangkan kerajaan Perikatan Nasional (PN), kedua-dua mereka boleh bekerjasama dan mencari titik pertemuan demi memastikan Tan Sri Muhyiddin Yassin berundur.

Sekiranya Anwar berjaya menewaskan Zahid di Bagan Datuk, sudah semestinya peluang untuk menjadi PM lebih cerah, bukankah itu cita-cita Anwar sejak sekian lama dan masih bercita-cita sama.

Mungkin kali ini Anwar perlu mengenepikan hubungan peribadinya dengan anak muridnya tersebut dan sudah masa meletak kepentingan negara sebagai keutamaan, bukan lagi hubungan cikgu dan anak murid seperti sebelum ini.

Tidak wajar seorang calon PM hanya mahu bertanding di kerusi selamat, mungkin sampai masanya Anwar mengambil risiko dan menjadi seorang pejuang tulen dengan melawan Zahid di Bagan Datuk, bukankah slogan PKR sebelum ini “lawan tetap lawan”.

Untuk rekod, Zahid memenangi kerusi Bagan Datuk semasa PRU-14 lalu hanya dengan 5,073 majoriti dengan menewaskan calon PKR dan PAS.

Calon PKR memperoleh jumlah undi yang agak signifikan dan meningkat berbanding sebelum ini semasa PRU-14, mungkin dengan kehadiran Anwar sebagai calon Bagan Datuk akan dapat memberikan impak yang hebat untuk menyingkirkan Presiden UMNO itu.

Jadi, tidak perlulah Anwar bersusah payah mencari kerusi yang hendak ditandinginya kerana kerusi sebenar yang boleh dimenanginya adalah di Bagan Datuk, tempat anak muridnya.

Terpulang kepada Anwar untuk menimbang cadangan ini, lagipun bukankah beliau adalah cikgu yang paling dihormati Zahid.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Satu lagi nama kementerian ditukar kerajaan baharu
17 jam lalu· Isu semasa
Kit Siang bimbang ‘gelombang hijau’ akan menjadikan Malaysia negara Islam sebelum PRU-17
17 jam lalu· Politik
Bukan RM600 bilion, SPRM sahkan terima butiran daripada MoF untuk siasatan
24 jam lalu· Isu semasa
Azeez Rahim dibebaskan terus selepas dua minggu kerajaan ‘hoi ya hoi’ memerintah
December 9, 2022· Isu semasa
Popular
Kit Siang bimbang ‘gelombang hijau’ akan menjadikan Malaysia negara Islam sebelum PRU-17
December 9, 2022
Pecat pemimpin veteran: UMNO kini terpaksa melutut di pangkuan DAP
December 10, 2022
Ulasan: Majoriti penyokong BN tidak mengundi PH di Padang Serai
December 10, 2022
Naib Ketua Pemuda UMNO tegur pemimpin BN masih tak sedar diri
December 9, 2022
Lagi Politik terkini
Mat Maslan gembira kongsi jawatan timbalan menteri dengan DAP
4 jam lalu · Politik
Ketua Wanita gembira dipecat, beri amaran Zahid usah angkuh sangat
5 jam lalu · Politik
Pecat pemimpin veteran: UMNO kini terpaksa melutut di pangkuan DAP
5 jam lalu · Politik
Ulasan: Majoriti penyokong BN tidak mengundi PH di Padang Serai
6 jam lalu · Politik
Naib Ketua Pemuda UMNO tegur pemimpin BN masih tak sedar diri
20 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Annuar Musa, 2 pemimpin wanita sah dipecat dari UMNO
22 jam lalu
[VIDEO] Isu kemiskinan pesawah, aktiviti kartel padi perlu perhatian kerajaan pusat
23 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok