Belum apa-apa dan nak salah guna kuasa, kata Peja kepada Rafizi, PH

November 17, 2022 · Politik

Ancaman terbuka Pakatan Harapan (PH) terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan penjawat awam adalah pengakuan bahawa parti itu akan menyalahgunakan kuasanya jika ia membentuk Kerajaan Persekutuan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), Sabtu ini.

Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata demikian merujuk kepada kenyataan Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli pada Rabu (16 November) bahawa dia akan pergi mencari Tan Sri Azam Baki, jika PH menang PRU-15.

Ahmad Faizal berkata ugutan ini dibuat semata-mata kerana SPRM sedang menjalankan siasatan ke atas syarikat Rafizi, Invoke Solutions Sdn Bhd.

“Adalah jelas bahawa Rafizi dan pimpinan PH berpendapat mereka terkecuali daripada undang-undang dan tindakan penguatkuasaan.

“Ancaman Rafizi adalah pengakuan terbuka olehnya bahawa PH yang didominasi DAP mempunyai rancangan menyalahgunakan kuasa untuk mengambil tindakan terhadap penjawat awam yang hanya menjalankan tugas.

“Tidak pernah dalam sejarah negara, seorang pemimpin utama gabungan politik utama iaitu PH membuat pengakuan terbuka menyalahgunakan kuasa untuk membalas dendam terhadap penjawat awam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini (Khamis, 17 November 2022).

“Ini akan memberi kesan negatif kepada semua penjawat awam yang menjalankan tugas dengan ikhlas dan saksama selama ini, katanya sambil menambah bahawa salah guna kuasa adalah kesalahan jenayah yang serius di bawah Kanun Keseksaan dan Akta SPRM.

Ahmad Faizal juga menegaskan bahawa selepas membentuk kerajaan pada 2018, PH menggugurkan kes rasuah terhadap pemimpin DAP Lim Guan Eng, walaupun ia dibantah oleh SPRM.

Beliau menuntut Majlis Tertinggi PH dan calon Perdana Menterinya Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan pendirian mereka dengan segera mengenai penghinaan dan ugutan yang dilemparkan terhadap penjawat awam.

“Adakah PH dan Anwar bersedia menarik balik ugutan mereka terhadap ketua pesuruhjaya SPRM dan memohon maaf kepada semua penjawat awam negara?” dia menyoal.

Ahmad Faizal juga berkata pihak berkuasa perlu menyiasat dan bertindak terhadap ugutan dan pengakuan Rafizi mengenai salah guna kuasa.

Terdahulu, ketika berucap menyempurnakan Majlis Pelancaran Manifesto PN Perak di sebuah hotel di Ipoh hari ini, Ahmad Faizal berkata Perikatan Nasional Perak menawarkan 50,000 tapak rumah kepada rakyat di negeri itu jika diberi mandat mentadbir kerajaan negeri selepas PRU-15.

Tawaran itu merupakan salah satu yang terkandung di dalam Manifesto Perikatan Nasional Perak yang dilancarkan hari ini.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Tuduh terima dana judi, PAS bidas Anwar berhenti tabur fitnah seperti UMNO
3 jam lalu· Politik
Dulu kritik PM jadi Menteri Kewangan, sekarang Rafizi kata boleh pula
16 jam lalu· Politik
Angkat semula kleptokrat, MP PKR malu nak ungkap lagi kata keramat ‘reformasi’
17 jam lalu· Politik
Ada kleptokrat jadi TPM, tak tahu kabinet Anwar ini apa dia? soal Samsuri
December 4, 2022· Politik
Popular
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
December 5, 2022
Media Indonesia perlekeh ‘reformasi’ dicanang Anwar selepas lantik kluster mahkamah
December 5, 2022
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
December 5, 2022
MP PKR malu, tertipu bila Anwar bersekongkol dengan kleptokrat
December 5, 2022
Lagi Politik terkini
UMNO tangguh PAU 2022, tak sempat hantar kad jemputan kepada DAP?
2 jam lalu · Politik
Media Indonesia perlekeh ‘reformasi’ dicanang Anwar selepas lantik kluster mahkamah
8 jam lalu · Politik
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
10 jam lalu · Politik
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
11 jam lalu · Politik
MP PKR malu, tertipu bila Anwar bersekongkol dengan kleptokrat
14 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Muhyiddin di ceramah Grand Finale PRK Padang Serai
2 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Tuan Ibrahim di ceramah Grand Finale PRK Padang Serai
3 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok