Belum ada laporan berhubung skandal seks libatkan Exco, kata Polis Melaka

April 28, 2023 · Politik

Setakat ini masih belum ada laporan yang diterima pihak polis berhubung dakwaan seorang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Melaka yang dikaitkan dengan skandal rasuah seks.

Perkara itu disahkan oleh Timbalan Ketua Polis Melaka, Datuk Razali Abu Samah yang memberitahu setakat ini pihaknya tidak menerima laporan polis membabitkan dakwaan itu.

Menurutnya, ia termasuk tiada laporan diterima daripada individu yang dituduh ataupun dibuat pihak lain mengenai perkara itu.

“Saya hanya boleh sahkan belum menerima apa-apa laporan polis mengenai isu ini,” katanya dipetik laporan Sinar Harian hari ini.

Terdahulu, Timbalan Pengerusi UMNO Melaka, Datuk Rais Yasin dipetik berkata bersedia untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa sekiranya dipanggil untuk membantu siasatan berhubung kes itu.

Beliau bagaimanapun belum membuat sebarang laporan polis dan menyifatakan video rasuah seks tular yang dikaitkan dengan dirinya sebagai satu yang direka oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk menjatuhkan karier politiknya.

Dalam pada itu, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) semalam membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung pendedahan yang tular dalam media sosial yang didakwa melibatkan tawaran seks bagi mendapatkan projek di negeri tersebut.

Wakilnya, Mohd Zamri Abu Bakar dalam laporan kepada SPRM meminta supaya siasatan dibuka dengan segera terhadap Exco Melaka tersebut.

“Hari ini saya bagi pihak warga negeri Melaka tampil ke SPRM membuat laporan dan mendesak SPRM bertindak segera memulakan siasatan,” katanya semasa sidang media semalam.

Berita berkaitan
PAS Kedah pertahan Sanusi, bidas kerajaan campuran cuba bunuh karakter
21 minit lalu· Politik
Pelik ajaib, kapal LCS tak sampai-sampai: Syed Saddiq
11 jam lalu· Politik
MB Kedah akan dirakam keterangan polis esok
11 jam lalu· Politik
Ditipu skim pelaburan wang, lelaki rugi RM524,800
15 jam lalu· Isu semasa
Popular
Bukan saya tapi ketua kerajaan, Rais jawab cadangan nama diberi gelaran ‘Tan Sri’
June 6, 2023
MB Kedah akan dirakam keterangan polis esok
June 6, 2023
PRN: Dr M bakal jumpa Muhyiddin
June 6, 2023
Pelik ajaib, kapal LCS tak sampai-sampai: Syed Saddiq
June 6, 2023
Lagi Politik terkini
Jamal kecewa lihat Noh berada atas pentas politik bersama PN
30 minit lalu · Politik
Siapa pengkhianat rakyat sebenar di Pulau Pinang? MP Permatang Pauh balas Guan Eng
44 minit lalu · Politik
Bukan saya tapi ketua kerajaan, Rais jawab cadangan nama diberi gelaran ‘Tan Sri’
13 jam lalu · Politik
PRN: Dr M bakal jumpa Muhyiddin
14 jam lalu · Politik
Pihak sokong Proklamasi Melayu kerjasama masa pilihan raya
15 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan PN Best Tanjung Karang
June 5, 2023
[VIDEO] Anwar usah sembang, nak faham orang miskin kena jadi miskin
June 5, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok