Belajar hormati rakan parti lain, kata Zahid selepas Khalid pertikai pengampunan

April 30, 2023 · Politik

Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Abdul Samad dinasihati menghormati rakan parti lain dalam kerajaan campuran, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Presiden UMNO itu berharap Khalid dapat membezakan antara pendirian peribadi dengan parti itu secara keseluruhan, ia susulan pemimpin Amanah itu mengeluarkan kenyataan menolak langkah untuk mengampunkan Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini.

“Saya harap individu itu (Khalid) dapat membezakan pendapat peribadi dengan pendirian parti keseluruhan.

“Bagi saya, beliau harus belajar menghormati rakan-rakan parti lain dalam komponen Kerajaan Perpaduan,” kata beliau menurut laporan Bernama.

Zahid berkata beliau dimaklumkan mengenai pendirian Parti Amanah berhubung perkara itu selepas mengadakan perbincangan dengan pimpinan tertinggi.

Pada 27 April lepas, Khalid dilaporkan berkata Amanah merayu kepada Yang di-Pertuan Agong dan Lembaga Pengampunan agar menolak permohonan Najib untuk diampun dan dibebaskan dari penjara.

Mengulas lanjut, Zahid berkata Khalid sepatutnya bertemu dengannya bagi mendapatkan pencerahan mengenai pendirian UMNO berhubung isu pengampunan terhadap Najib.

“Jangan hanya baca apa yang tersurat, lihat apa tersirat, ini penting kerana kita dalam parti pelbagai dalam Kerajaan Perpaduan dapat wujudkan keharmonian,” katanya lagi.

Mengenai perkara yang dibangkitkan UMNO Kelantan itu yang mendesak Khalid meminta maaf, Zahid berkata beliau telah meminta kepimpinan UMNO negeri supaya menyelesaikan perkara berbangkit secara baik.

Sementara itu, Timbalan Presiden Amanah Datuk Seri Salahuddin Ayub yang ditemui ketika menghadiri sambutan Aidilfitri itu berkata beliau mewakili parti Amanah memohon maaf terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh Khalid itu.

“Kadang-kadang kita terlanjur dan tiada malunya untuk kita memohon maaf sekiranya ia melukakan. Elok kita selesaikan dan move forward untuk perpaduan negara dan juga rakyat,” katanya yang merupakan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.

Berita berkaitan
Isteri saya bukan kerabat, Radzi nafi terlibat dalam projek cetak buku
23 jam lalu· Politik
Petik ayat al-Quran gesa sokong kerajaan, MP DAP bukan Islam disiasat
September 22, 2023· Politik
Bukan mahkamah bebaskan Zahid tapi pendakwa raya tarik pendakwaan: Idris
September 22, 2023· Politik
Khairy tak rasa bekas Peguam Negara akan beri penjelasan kes Zahid dihentikan
September 21, 2023· Politik
Popular
Isteri saya bukan kerabat, Radzi nafi terlibat dalam projek cetak buku
September 23, 2023
Ini semua luar tabii, kata MP Alor Setar sindir Setiausaha Politik PMX
September 22, 2023
Dulu dihantui DNA Saiful, kini PMX dihantui DNAA Zahid: Hishammuddin Rais
September 22, 2023
PRK Pelangai menyaksikan saingan tiga penjuru
September 23, 2023
Lagi Politik terkini
PRK Pelangai menyaksikan saingan tiga penjuru
23 jam lalu · Politik
Saya pun tak berani hurai al-Quran tapi dia berani, Sanusi bidas MP DAP bukan Islam
September 23, 2023 · Politik
MP Tanah Merah dakwa jurugambar PMX sengaja tular gambar fitnah, lapor polis
September 22, 2023 · Politik
Ini semua luar tabii, kata MP Alor Setar sindir Setiausaha Politik PMX
September 22, 2023 · Politik
Dulu dihantui DNA Saiful, kini PMX dihantui DNAA Zahid: Hishammuddin Rais
September 22, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tok Guru Hadi di Simpang Pelangai
19 jam lalu
[VIDEO] Dah bohong sini, dia bohong di New York
20 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok