Beku akaun Bersatu, sabotaj terhadap PN sebelum PRN sudah bermula?

February 1, 2023 · Politik

Akaun parti Bersatu didakwa sudah dibekukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini, menurut laporan media.

Laporan media berhubung pembekuan akaun parti Bersatu itu kebetulan pula selepas kecoh isu lantikan anak Perdana Menteri, Nurul Izzah Anwar sebagai penasihat di kementerian sepanjang minggu ini.

Media memetik Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Dr Muhammad Faiz Na’aman berhubung isu pembekuan akaun parti tersebut tetapi tidak memperincikan maklumat lanjut terhadap tindakan SPRM itu.

Tindakan diambil terhadap musuh politik yang tidak sehaluan dengan kerajaan campuran Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) ini dipercayai mempunyai kaitan dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal diadakan pada tahun ini.

Ketika pelbagai isu terpalit dengan kerajaan campuran, isu kes mahkamah pemimpin UMNO yang dilihat sengaja diperlahankan perbicaraan sehingga ke isu lantikan anak Anwar sebagai penasihat dalam kerajaan baru-baru ini memberikan imej buruk.

Malah, kerajaan campuran juga dilihat gagal untuk menangani harga kos sara hidup yang makin meningkat dan kenyataan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli juga tidak membantu apabila menjadi bahan kecaman orang ramai.

Kenyataan Rafizi berhubung isu kenaikan harga barang memperlihatkan sindrom penafian yang sedang dihadapi kerajaan campuran, walhal rakyat dibawah semakin tertekan dalam berdepan peningkatan harga barang.

Isu harga telur dan ayam juga sebelum ini masih gagal ditangani dengan baik sehingga menimbulkan persepsi negatif terhadap kerajaan campuran.

Krisis dalaman UMNO juga menambah parah terhadap kerajaan campuran selepas keputusan tiada pertandingan bagi jawatan tertinggi dalam pemilihan parti dibuat, rakan sekutu politik PH itu sedang berdepan perpecahan yang sangat teruk ketika ini.

Dengan pelbagai isu dan kemelut dihadapi kerajaan campuran, peluang untuk memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) juga dilihat samar-samar dan langkah drastik perlu diambil untuk melemahkan Perikatan Nasional (PN) yang dilihat pencabar utama kerajaan campuran.

Sekiranya tidak dihalang kemaraan PN pada PRN nanti, berkemungkinan peluang kerajaan campuran untuk menang adalah tipis dan tidak boleh dibiarkan begitu sahaja.

Bagi melemahkan lawan, pelbagai cara dan taktik akan digunakan untuk menekan PN dan terkini isu pembekuan akaun parti Bersatu dilihat cubaan sabotaj terhadap musuh politik kerajaan campuran.

Adakah kerajaan campuran kini sedang sabotaj lawan politiknya kerana takut kalah PRN nanti?

 

Berita berkaitan
Program dialog disekat UiTM, Syed Saddiq bidas kerajaan campuran
6 jam lalu· Uncategorized
Ketua Menteri Melaka letak jawatan, Zahid sahkan bakal umum nama baharu
March 29, 2023· Politik
Kerajaan campuran halang saya hadiri program mereka, kata MB Kedah
March 29, 2023· Politik
Selepas dikritik, kerajaan buat pusingan U dalam isu pelepasan cukai SSPN
March 29, 2023· Isu semasa
Popular
Adakah Najib akan dibebaskan esok semasa pentadbiran kerajaan campuran?
March 30, 2023
PAS kata PRN masa sesuai PH, DAP putuskan terus nyawa UMNO
March 31, 2023
Ketua Pemuda UMNO pula sindir Exco Melaka isu kerajaan ‘tebuk atap’
March 30, 2023
AJK UMNO Bahagian Tangga Batu tak iktiraf Rais Yasin ketua baharu
March 30, 2023
Lagi Politik terkini
PAS kata PRN masa sesuai PH, DAP putuskan terus nyawa UMNO
5 jam lalu · Politik
Adakah Najib akan dibebaskan esok semasa pentadbiran kerajaan campuran?
14 jam lalu · Politik
PH setuju tubuh kerajaan campuran UMNO-PH Melaka
16 jam lalu · Politik
Larangan terhadap MB Kedah: PH-BN bawa landskap politik lapuk
17 jam lalu · Politik
Ketua Pemuda UMNO pula sindir Exco Melaka isu kerajaan ‘tebuk atap’
17 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Machang tak buat laporan polis, dakwaan Jelutong berniat jahat
March 29, 2023
[VIDEO] Bantah bahasa Inggeris dalam RUU, Besut digantung tiga hari
March 29, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok