Bekerjasama dengan DAP bermakna UMNO sudah menipu orang Melayu, kata Tun Abdul Hamid

November 25, 2022 · Politik

UMNO melakukan penipuan terbesar kepada orang Melayu dengan langkah bersetuju untuk bersekongkol dengan DAP dalam membentuk kerajaan baharu, kata Tun Abdul Hamid.

Bekas Ketua Hakim Negara itu menyifatkan keputusan UMNO untuk bersama kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang terdapat juga DAP tidak boleh diterima sama sekali dan ia satu penipuan yang jelas pengundi khususnya orang Melayu semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu.

“Bagi saya, bahawa UMNO-BN (Barisan Nasional) berkecuali pun saya kecewa kerana ia sepatutnya bergabung dengan PN untuk menghalang PH berkuasa.

“Bergabung dengan PH tidak boleh diterima langsung. Ia adalah satu penipuan kepada pengundi-pengundi Melayu,” katanya dalam satu kenyataan di blognya hari ini.

Tun Abdul Hamid juga mempersoalkan sokongan majoriti Ahli Parlimen (MP) yang didakwa dimiliki Anwar untuk menjadikannya seorang Perdana Menteri (PM) kerana tidak jelas dinyatakan parti mana satu yang menyokongnya.

“Tidak pula disebut parti-parti yang bersetuju bergabung dengan PH dan berapa orangkah ahli-ahli Dewan Rakyat (DR) yang menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Dengan pelantikan ini tercapailah cita-cita Anwar setelah sekian lama menunggu. Apa yang akan dilakunya selepas ini sama-samalah kita menunggu untuk melihatnya,” katanya lagi.

Jelasnya, DAP paling licik dalam memainkan peranan mereka apabila berdiam diri sepanjang rundingan antara UMNO dengan Anwar berjalan untuk memastikan rancangan tersebut berjaya.

“Yang paling licik adalah DAP. Dengan menutup mulut dan tidak menampakkan muka mereka sepanjang kempen PRU-15 dan rundingan bergabung selepas PRU-15, mereka tidak membangkitkan kecurigaan orang Melayu terhadapnya seperti sebelumnya,” katanya lagi.

Perkara paling tidak boleh diterima sama sekali menurut Tun Abdul Hamid bagaimana seorang Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi boleh bertindak menipu Yang di-Pertuan Agong demi semata-mata mahu memastikan cita-cita Anwar menjadi kenyataan.

“Saya tidak faham bagaimana sepuluh orang ahli-ahli Dewan Rakyat UMNO yang pada mulanya membuat SD (akuan berkanun) menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin itu boleh menarik balik SD mereka.

“Takut sangatkah kepada Zahid dan dipecat? Saya juga tidak faham bagaimana ahli-ahli MKT (Majlis Kerja Tertinggi UMNO) yang berkali-kali mengundi untuk berkecuali, boleh menerima keputuan (siapa?) bahawa UMNO-BN bersetuju menyokong Anwar sebagai PM dan bergabung menubuh kerajaan dengan PH.

“Takut sangatkah mereka kepada DS Zahid? Adakah mereka juga bersekongkol untuk berbohong?” katanya lagi.

Secara peribadi, Tun Abdul Hamid berkata rasa tertipu dengan pendirian pemimpin UMNO dan mengucapkan selamat tinggal kepada parti utama orang Melayu tersebut kerana berbohong kepada rakyat dan pengundi khususnya orang Melayu itu.

“Biar apa pun, saya merasa tertipu. Saya sudah tidak percaya kepada pemimpin-pemimpin UMNO lagi. Selamat tinggal UMNO,” tegasnya lagi.

Berita berkaitan
Selepas tak dapat jumpa Putera Mahkota, PMX lawat Kemboja esok
10 jam lalu· Isu semasa
Zahid sahkan Noraini dilantik Pengerusi RISDA baharu
10 jam lalu· Politik
UMNO akan hulur persahabatan dengan DAP bagi hadapi PRN Pulau Pinang: Zahid
10 jam lalu· Politik
Anwar Ibrahim and Muhyiddin Yassin: Two Visits, Two Differing Results
March 26, 2023· Isu semasa
Popular
Selain 16 kerusi dimenangi, DAP mahu lagi DUN Selangor untuk ditandingi
March 26, 2023
UMNO akan hulur persahabatan dengan DAP bagi hadapi PRN Pulau Pinang: Zahid
March 26, 2023
Zahid sahkan Noraini dilantik Pengerusi RISDA baharu
March 26, 2023
PRN: Amirudin kata pengundi bukan Melayu kekal sokong PH Selangor
March 26, 2023
Lagi Politik terkini
DAPsy usah berkokok di luar gelanggang bela Guan Eng
8 minit lalu · Politik
PRN: Amirudin kata pengundi bukan Melayu kekal sokong PH Selangor
15 jam lalu · Politik
Selain 16 kerusi dimenangi, DAP mahu lagi DUN Selangor untuk ditandingi
16 jam lalu · Politik
Kebimbangan kebebasan bersuara disekat meningkat bawah kerajaan Anwar: Media Singapura
23 jam lalu · Politik
PRN: UMNO ada senjata tekan parti komponen PH beri kerusi sama rata
March 26, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar bohong untuk lindungi Guan Eng, aniayai Muhyiddin
March 24, 2023
[VIDEO] Laporan polis premis mahu anjur pesta kepondanan, LGBT
March 22, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok