Bekas MP Batu terkilan nama digugurkan, dakwa ramai penyokong PKR kecewa

October 29, 2022 · Politik

Pengumuman senarai calon PKR yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) semalam tidak diterima dengan baik semua pihak, malah ada yang meluahkan rasa kecewa.

Bekas Ahli Parlimen Batu dan juga veteran PKR, Tian Chua antara yang menzahirkan kekecewaan selepas namanya juga tidak tersenarai sebagai calon apabila PKR mengekalkan calon lamanya, R Prabakaran.

Chua meluahkan rasa kecewa dan menyifatkan senarai calon yang diumumkan PKR semalam tidak memuaskan hati orang ramai, khususnya penyokong parti.

“Memandangkan saya bukan lagi sebahagian kepimpinan parti pada masa ini, saya tidak tahu proses terperinci mengenai pemilihan calon. Sudah tentu, pemilihan ini tidak akan memuaskan hati semua orang. Ia boleh difahami,” katanya dalam hantaran akaun Facebook.

“Bagaimanapun, saya rasa senarai calon sepatutnya lebih inklusif bagi menggambarkan kepelbagaian dalam parti,” tambah Chua lagi.

Chua juga berkata daripada maklum balas akar umbi, ramai yang memberitahu rata-rata mereka kecewa dengan pemilihan calon yang dibuat pada PRU-15 kali ini dan mengingatkan agat calon untuk memberi tumpuan sepenuhnya bagi memenangi hati pengundi.

“Selepas pengumuman, ramai orang kecewa dengan sesetengah pemilihan calon.

“Saya ingin mengingatkan semua calon bahawa tanggungjawab mereka adalah untuk bersuara di kawasan mereka dan mewakili kepentingan pengundi. Jangan menganggap pengundi di kawasan itu sebagai tiket ke Parlimen (atau kuasa).

“Ahli Parlimen bukan kelas istimewa, tetapi hamba rakyat. Sebagai Ahli Parlimen, kita hidup dalam kalangan pengundi dan masyarakat adalah sebahagian daripada kehidupan kita,” katanya lagi.

Terdahulu, PKR semalam mengumumkan 72 senarai calon Parlimen yang bakal ditandingi mereka pada PRU-15 nanti.

Berita berkaitan
PRK Kemaman: Peratusan keluar mengundi setakat 4 petang sebanyak 60 peratus
December 2, 2023· Isu semasa
PRK Kemaman: 48 peratus sudah keluar mengundi setakat 2 petang
December 2, 2023· Politik
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023· Isu semasa
Kementerian nafi SKMM digunakan untuk sekat kebebasan media
November 27, 2023· Isu semasa
Popular
Tiada laporan polis diterima berhubung rakaman tular perbualan lucah
November 17, 2023
Seperti Zahid, Anwar juga dalam penafian selepas kekalahan PRK Kemaman
December 5, 2023
Lebih baik Kit Siang minta UMNO tukar Zahid, bidas Takiyuddin
December 5, 2023
Pemimpin AMANAH gesa tukar ketua pembangkang, aura Anwar hilang
August 22, 2021
Lagi Politik terkini
Kalah PRK Kemaman, Isham kata cukup-cukuplah UMNO jadi penjilat DAP
December 5, 2023 · Politik
Lebih baik Kit Siang minta UMNO tukar Zahid, bidas Takiyuddin
December 5, 2023 · Politik
Seperti Zahid, Anwar juga dalam penafian selepas kekalahan PRK Kemaman
December 5, 2023 · Politik
Zahid masih dalam penafian selepas UMNO kalah teruk di Kemaman
December 4, 2023 · Politik
Kekalahan UMNO di Kemaman kerana rakyat tolak kerjasama dengan DAP: Dr M
December 4, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Kedah, Itali jalin kerjasama jayakan Kedah Aerotropolis
12 jam lalu
[VIDEO] Kit Siang patut nasihat UMNO tukar presiden, PAS elok dah
December 5, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok