Bekas Ketua Polis Negara tak dicalon, kata Dr Mahathir

November 2, 2022 · Politik

Pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA) Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menafikan khabar angin Tan Sri Abdul Hamid Bador bertanding mewakili gabungan itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), pada 19 November ini.

Pada sidang media selepas mengumumkan calon gabungan itu, Dr Mahathir berkata bekas Ketua Polis Negara itu belum bersedia untuk diletakkan sebagai calon di Parlimen Rembau.

“Dia tidak akan bertanding kerana dia belum bersedia,” katanya.

Sebelum ini, Abdul Hamid dilaporkan akan bertanding di kerusi Parlimen Rembau, di bawah tiket GTA, yang akan menyaksikan bekas polis tertinggi menentang Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan.

Presiden Pejuang Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebelum ini menyebut bahawa Abdul Hamid berpotensi menjadi “pembunuh gergasi” jika beliau memutuskan untuk bertanding pada PRU-15.

Abdul Hamid berkhidmat sebagai Ketua Polis Negara ke-12 mulai Mei 2019 sebelum bersara pada Mei 2021.

Sementara itu, Dr Mahathir berkata GTA akan meletakkan 121 calon dalam PRU-15 ini.

Antara nama yang disenaraikan, Tun Dr Mahathir Mohamad akan bertanding di kerusi Parlimen Langkawi; Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Datuk Seri Mukhriz (Jerlun), Datuk Seri Amiruddin Hamzah (Kubang Pasu).

Selain itu, Timbalan Presiden Pejuang, Datuk Marzuki Yahya akan bertanding di kerusi Parlimen Sungai Petani, manakala Ketua Pejuangnita, Nurul Ashikin Mabahwi di Ampang.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Dulu kritik PM jadi Menteri Kewangan, sekarang Rafizi kata boleh pula
8 jam lalu· Politik
Tarik sokongan dan desak PRU-15 masa banjir, siapa yang meroyan sebenarnya Zahid?
December 4, 2022· Politik
DAP telan setiap keputusan Anwar, malah sokong kleptokrat kembali
December 4, 2022· Politik
Selepas dilantik TPM, Zahid puji Anwar pula lantik diri sendiri jadi Menteri Kewangan
December 4, 2022· Politik
Popular
Shahidan cadang lagu ‘penyamun’ didendang PH kepada UMNO ditukar
December 5, 2022
Habuan calon MIC tarik diri: PH-UMNO mula nak salah guna kuasa
December 5, 2022
Wayang politik: Pakatan PH-UMNO kerajaan atau pembangkang?
December 5, 2022
Angkat semula kleptokrat, MP PKR malu nak ungkap lagi kata keramat ‘reformasi’
December 5, 2022
Lagi Politik terkini
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
1 jam lalu · Politik
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
3 jam lalu · Politik
MP PKR malu, tertipu bila Anwar bersekongkol dengan kleptokrat
5 jam lalu · Politik
Kumpulan berfahaman kiri mudah pengaruhi kerajaan PH-UMNO
6 jam lalu · Politik
Wayang politik: Pakatan PH-UMNO kerajaan atau pembangkang?
6 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin tak takut disiasat, dakwaan RM600 bilion berniat jahat
3 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Ustaz Nassuruddin di ceramah PRK Padang Serai
8 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok