Bekas Ketua Penerangan Warisan bakal sertai BN, sudah isi borang

May 20, 2022 · Politik

Barisan Nasional (BN) menjadi pilihan bekas Ketua Penerangan Parti Warisan, Datuk Dr Yusof Yacob yang sebelum ini mengumumkan meninggalkan parti dipimpin Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Yusof yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin mengakui sudah mengisi borang untuk menyertai BN dan niatnya juga sudah disampaikan kepada Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin.

“Saya sudah (sampaikan hasrat), borang sudah isi, nanti ada masanya. Maksud saya, kita harus lupakan yang lalu dan kita mahu lihat ke hadapan kerana kami sayang generasi muda seperti anak-anak muda ini yang perlu bimbingan.

“Kami di atas ini tidak banyak kami fikir, kita fikirkan masa depan Sabah dan generasi muda,” katanya dipetik laporan Sinar Harian.

Yusof sebelum itu dilihat hadir semasa majlis Jamuan Aidilfitri BN Sabah.

Spekulasi tercetus selepas ehadiran beliau pada majlis itu seolah-olah memberi gambaran akan menyertai BN semula.

Sementara itu, Bung Moktar ketika diminta mengulas mengenai perkara itu berkata, secara prinsipnya BN Sabah menerima hasrat Yusof untuk kembali kepada BN.

“Sampai masanya nanti kita maklumkan dalam masa terdekat. Secara prinsipalnya sudah terima (permohonan masuk BN),” katanya.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah berkata, BN sentiasa terbuka untuk menerima Yusof untuk menyertai BN.

Yusof keluar daripada Warisan pada Oktober tahun lalu dan menyatakan pendiriannya untuk kekal sebagai ADUN Bebas yang menyokong Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Berita berkaitan
Rahman Dahlan nafi UMNO Sabah sudah muktamadkan kerjasama dengan Warisan
December 15, 2023· Politik
ADUN Kota Seputeh terlibat kemalangan dekat Arau
December 13, 2023· Isu semasa
Polis siasat Muhyiddin berhubung ucapan semasa ceramah PRK Kemaman
December 2, 2023· Politik
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023· Politik
Popular
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Muhyiddin hargai setiakawan PAS
October 13, 2022
Bayangkan penyokong tegar DAP akan undi UMNO, kata Wan Saiful
March 1, 2023
Lagi Politik terkini
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
8 jam lalu · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok