Bekas isteri MB Perlis tuntut mutaah, nafkah tertunggak RM15.34 juta

November 4, 2022 · Politik

Bekas isteri Menteri Besar Perlis, Sova Ali menuntut mutaah dan nafkah tertunggak berjumlah RM15.34 juta selepas diceraikan tanpa sebab 23 April 2022 lalu di Jakarta, Indonesia.

Peguam syarie, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar yang mewakili Sova, 40, mengesahkan dua tuntutan tersebut difailkan di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam hari ini, lapor Utusan Malaysia.

Menurut kenyataan yang diperoleh media petang ini, Sova merupakan warga Indonesia menuntut mutaah sebanyak RM15 juta daripada Datuk Seri Azlan Man, 63 yang juga calon Barisan Nasional (BN) bagi DUN Bintong kerana telah diceraikan tanpa sebab dan tanpa kebenaran mahkamah.

Pada 25 Ogos lalu, pasangan yang berkahwin pada 21 Mac 2010 itu disahkan bercerai oleh Hakim Syarie Abdullah Zuhdee Ab. Halim dengan talak satu pada prosiding yang dijalankan secara tertutup. Mereka tidak dikurniakan cahaya mata sepanjang 12 tahun mendirikan rumah tangga.

Selain tuntutan mutaah, Sova turut menuntut nafkah tertunggak sebanyak RM344,250 atas alasan beliau tidak pernah diberikan nafkah bagi tempoh tertentu perkahwinan mereka.

Pada prosiding pengesahan lafaz cerai, Sova memberitahu dia diceraikan Azlan di hadapan ibunya sejurus pulang daripada menunaikan umrah.

Kenyataan tersebut turut menyatakan tuntutan-tuntutan mengenai harta sepencarian yang terletak di Selangor, Perlis dan luar negara serta nafkah idah yang belum ditentukan jumlahnya akan difailkan dalam masa terdekat.

Menurut Zainul Rijal, selain memfailkan tuntutan tersebut pihaknya turut mendapat kebenaran untuk penyampaian saman dan penyata tuntutan di luar negeri Selangor iaitu di Perlis.

Kebenaran tersebut diberikan oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah Syariah, Rashidah Sapingi @ Shafie.

Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam turut menetapkan 15 Disember ini untuk majlis sulh bagi tuntutan mutaah dan nafkah tertunggak.

Berita berkaitan
Perbicaraan kes pengubahan wang haram bekas MB Perlis pada Julai tahun depan
November 10, 2023· Politik
Pelakon filem Anwar sah bercerai dengan Diana, secara online
August 10, 2023· Isu semasa
Keputusan kes cerai pelakon filem Anwar dan Diana diketahui Khamis ini
August 8, 2023· Isu semasa
MB Perlis tidak dijemput ke majlis kerajaan
July 25, 2023· Isu semasa
Popular
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024
Muhyiddin umum benar KWSP bersasar jika PN Kerajaan Pusat
November 14, 2022
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024
Lagi Politik terkini
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024 · Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024 · Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024 · Politik
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok