Bekas hakim, ulama sepakat kata UMNO tak berubah – rakus, tamak

January 27, 2022 · Politik

Seorang pakar undang-undang, manakala seorang lagi tokoh ulama – tetapi kedua-duanya dilihat sepakat memberi pendapat bahawa UMNO tidak pernah berubah sejak dahulu dengan sikap rakus dan tamak haloba.

Malah, apabila sudah mendapat kuasa, parti itu menjadi seperti ‘Belanda meminta tanah’, lalu pemimpinnya mula merancang untuk mengaut projek berjuta-juta ringgit. Secara halal atau haram tidak dipedulikan.

Ini jelas daripada beberapa kes di mana pemimpin UMNO sejak dulu, kini dan selama-lamanya, diheret ke mahkamah. Ada yang didenda, ada yang dipenjara. Tetapi mereka bijak untuk melepaskan diri sebagaimana kepandaian mereka menyembunyikan beberapa skandal yang telah meledak dan akan meletus tidak lama lagi.

Bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad ketika mengulas mengenai UMNO sekarang ini berpendapat parti itu masih kekal dengan imej parti rasuah dan tidak akan berubah.

Dan bagi membuang imej parti rasuah itu beliau menyarankan supaya Presiden UMNO sekarang Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Presiden yang juga mantan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, wajar disingkirkan segera.

Beliau malah berpendapat kedua-dua pemimpin itu – yang kini berdepan pertuduhan jenayah di mahkamah dan Najib telah dihukum penjara serta denda – sekarang ini menggunakan UMNO untuk membebaskan mereka daripada pertuduhan itu. berita berkaitan

Sementara, Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama PAS Pusat, Mokhtar Senik pula berpendapat UMNO telah kembali dirasuk sifat asal mereka yang tamakkan kuasa dan rakus terhadap kerusi pilihan raya, serta tidak insaf terhadap kekalahan teruk pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu.

Beliau berpendapat UMNO apabila berasa diri telah terlalu kuat akan mula lupa dan hilang keinsafannya. Itulah yang sedang berlaku kepada UMNO sekarang apabila sudah berasa terlalu kuat.

Keghairahan UMNO semakin memuncak selepas berjaya menukar Perdana Menteri daripada Bersatu kepada UMNO, disusuli dengan kemenangan besar pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, dan kini cuba menguasai Johor. Berita berkaitan 

Tetapi, UMNO kekal memekakkan telinga sebaliknya mengumpan rakyat dengan lidah lembut mereka kononnya kekalahan parti itu pada PRU 2018 adalah disebabkan fitnah. Semua skandal yang dituduh dilakukan oleh pemimpin UMNO, bagi mereka adalah fitnah.

Lidah lembut mereka mengatakan mengapa PRN Johor perlu diadakan:

“Kerana kita nak mengembalikan semula mandat rakyat untuk mendapat sebuah kerajaan yang tidak lagi dipertikaikan kesahihannya.”

Untuk menarik perhatian pengundi Johor memilih parti itu, UMNO berkata:

“Kerana Johor ini merupakan nadi salah satu daripada negeri yang mempunyai fungsi dan tanggungjawab yang besar kepada negara. Pembangunan di Johor juga bermakna pembangunan negara. Kesejahteraan di Johor juga akan bermakna sebagai kesejahteraan negara.”

Lalu, UMNO menuduh kerajaan negeri campuran Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) terancam dan diugut, walaupun pembangkang telah menyatakan mereka akan membiarkan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Hasni Mohamad mentadbir sehingga tamat penggal pada 2023.

Tanpa menjelaskan ancaman dan ugutan yang diterima kerajaan Johor – yang dijadikan alasan mengadakan PRN – Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berkata:

“Jadi tanggungjawab untuk mengembalikan kepercayaan rakyat kepada kerajaan yang diberi mandat oleh rakyat itu penting. Kita bukan main-main nak adakan pilihan raya negeri ini. Tetapi kerana itulah yang perlu kita adakan.

“Kerana sentiasa saja…(pertikaian) tentang kesahihan kerajaan, mandat rakyat perlu dapatkan semula. Daripada awal dulu. Ini yang kita persembahkan semula kepada rakyat dan juga pengundi Johor supaya pilihlah kerajaan parti yang mana yang mereka boleh memberikan mandat untuk mentadbir negeri Johor dengan mandat yang baik.

“Majoriti yang baik supaya kita tidak boleh mempunyai kerajaan baik Persekutuan atau negeri yang sentiasa diugut. Yang sentiasa terpaksa akur kepada kehendak-kehendak tertentu. Dan tidak mempunyai masa sepenuhnya untuk menumpukan agenda membangunkan negara, membangunkan negeri… seterusnya memberikan kemakmuran dan kesejahteraan kepada rakyat.”

Sebenarnya tiada siapa pun yang mengancam dan mengugut untuk menumbangkan kerajaan negeri itu seperti yang pernah digunakan UMNO terhadap Kerajaan PN pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Hanya UMNO dan pemimpinnya sahaja yang rakus dan gila kuasa serta mementingkan diri sendiri.

Lalu, Mokhtar Senik berkata: “Namun kelihatannya tiada pawang lagi yang mampu merawat UMNO selain sebuah kekalahan”.

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Popular
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Selepas Muhyiddin gesa tangani isu inflasi dan nilai ringgit, baharu Anwar desak
September 28, 2022
Akar umbi tolak Anwar, tapi Presiden mahu pula: Ismail Mohamed
April 25, 2021
Pemuda UMNO kekal pendirian, tak takut cabaran Dong Zong: Akmal
May 2, 2023
Lagi Politik terkini
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024 · Politik
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok