Bekas ADUN juara tembak babi masih berpeluang sertai PH walau ditolak DAP

October 20, 2021 · Politik

Walaupun DAP menegaskan parti itu tidak mahu menerima pengkhianat iaitu bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengakalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee sebagai calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka mewakili Pakatan Harapan (PH), namun berbeza pula nada Pengerusinya.

Pengerusi PH, Adly Zahari pula dilihat lebih berlembut dengan Norhizam- yang pernah digelar ‘juara tembak babi’ ketika Datuk Omar Jaafar menjadi Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka pada 2019.

Menurut Adly, meskipun DAP menolak Norhizam menyertai PH namun perkara itu boleh diselesaikan secara baik dan pakatan itu tidak akan mengenepikan pandangan mana-mana pemimpin dalam PH.

“Perkara ini (penolakan DAP) boleh diselesaikan secara baik. PH tidak mengenepikan pandangan mana-mana pemimpin dalam komponen PH, termasuk kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang menolak penyertaan Norhizam.

“Saya yakin kenyataan Setiausaha Agung DAP itu mampu diselesaikan dengan baik melalui perbincangan yang akan diadakan secepat mungkin,” katanya dalam laporan Berita Harian.

Semalam, Guan Eng menegaskan DAP menolak Norhizam sebagai calon mewakili pakatan itu pada PRN Melaka dan perkara itu akan dimaklumkan kepada Majlis Presiden PH.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU 14), Norhizam menang di kerusi Pengkalan Batu atas tiket DAP tetapi menjadi ADUN Bebas dan menyokong Perikatan Nasional (PN) di Melaka. Tindakan itu menyebabkan PH tumbang di Melaka pada Mac 2020.

Turut keluar daripada PH ketika itu ialah ADUN Rembia Datuk Muhammad Jailani Khamis (PKR), selain dua ADUN dari BERSATU iaitu Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen (Paya Rumput) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (Telok Mas).

Bagaimanapun, Norhizam yang menjadi ADUN Bebas menyertai bekas ADUN Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron dari UMNO, Datuk Nor Azman Hassan (Pantai Kundor) juga dari UMNO serta Datuk Noor Effandi Ahmad (Telok Mas) dari Bersatu menarik sokongan kepada Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali pada 4 Oktober lalu.

Berita berkaitan
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Popular
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024
Zahid tiada ciri ketua kerajaan untuk jadi Perdana Menteri
April 13, 2021
Ketua Bahagian Tanjung Piai sahkan ikut PM ke UNGA di Amerika, Mat Maslan nafi
September 13, 2022
PRU-15: Perutusan Khas Muhyiddin
November 18, 2022
Lagi Politik terkini
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024 · Politik
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024 · Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024 · Politik
NGO bidas kerajaan perkenal kod etika, dakwa cuba sekat media
February 21, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok