Beberapa bahagian UMNO minta kerusi MIC, MCA di Johor: Mat Maslan

February 8, 2022 · Politik

Beberapa bahagian UMNO Johor telah menghantar permohonan untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) itu di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang pernah ditandingi parti komponen Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata permohonan itu akan diteliti dan diputuskan pucuk pimpinan negeri serta pusat tanpa menjejaskan hubungan antara parti komponen BN, menurut laporan Bernama.

“Beberapa bahagian UMNO menyuarakan pandangan berhubung isu ini. Bukan sahaja di (DUN) Pulai Sebatang tetapi ada satu dua tempat lain di Johor,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Jamuan Muhibbah sempena Tahun Baharu Cina anjuran MCA Bahagian Pontian malam tadi.

Turut hadir Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad dan Ketua MCA Bahagian Pontian Datuk Tee Siew Kiong.

Bulan lepas, Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berkata parti itu menyasarkan untuk bertanding sekurang-kurangnya 42 daripada keseluruhan 56 kerusi DUN pada PRN Johor namun belum mengambil kira kerusi bagi parti komponen BN yang lain.

Ahmad berkata calon BN bagi PRN tersebut akan diputuskan dalam masa terdekat.

Sementara itu, ketika berucap pada majlis berkenaan, Hasni yakin dapat membangunkan ekonomi Pontian sekiranya rakyat memberi mandat kepada BN untuk mengemudi negeri itu pada PRN Johor.

Beliau berkata melalui pengalamannya menerajui negeri itu hampir dua tahun, beliau telah memikirkan cara terbaik bagi tujuan tersebut sekali gus menjadikan daerah berkenaan sebagai antara penyumbang ekonomi terbesar Johor.

“Dengan peluang singkat yang saya ada, saya sudah memikirkan bagaimana Pontian dapat dibangunkan seterusnya menjadikan daerah yang cukup besar sumbangannya kepada kemajuan negeri ini,” katanya yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor.

Sebelum ini, Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata Hasni akan dipilih sebagai Menteri Besar Johor yang baharu sekiranya BN menang pada pilihan raya negeri itu.

PRN Johor diadakan susulan pembubaran DUN itu pada 22 Jan lepas dan Suruhanjaya Pilihan Raya dijangka mengumumkan tarikh pilihan raya berkenaan esok.

Berita berkaitan
Zahid sahkan Noraini dilantik Pengerusi RISDA baharu
9 jam lalu· Politik
UMNO akan hulur persahabatan dengan DAP bagi hadapi PRN Pulau Pinang: Zahid
9 jam lalu· Politik
Pembahagian kerusi PN dalam PRN berjalan dengan baik, sudah selesai: Sanusi
March 25, 2023· Politik
Kalah tiga pilihan raya, Asyraf dilantik jadi Setiausaha Agung UMNO baharu
March 22, 2023· Politik
Popular
Selain 16 kerusi dimenangi, DAP mahu lagi DUN Selangor untuk ditandingi
March 26, 2023
UMNO akan hulur persahabatan dengan DAP bagi hadapi PRN Pulau Pinang: Zahid
March 26, 2023
Zahid sahkan Noraini dilantik Pengerusi RISDA baharu
March 26, 2023
PRN: Amirudin kata pengundi bukan Melayu kekal sokong PH Selangor
March 26, 2023
Lagi Politik terkini
PRN: Amirudin kata pengundi bukan Melayu kekal sokong PH Selangor
14 jam lalu · Politik
Selain 16 kerusi dimenangi, DAP mahu lagi DUN Selangor untuk ditandingi
15 jam lalu · Politik
Kebimbangan kebebasan bersuara disekat meningkat bawah kerajaan Anwar: Media Singapura
23 jam lalu · Politik
PRN: UMNO ada senjata tekan parti komponen PH beri kerusi sama rata
24 jam lalu · Politik
PRN: PN sudah ada calon MB, poster boy di Selangor, Negeri Sembilan
March 26, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar bohong untuk lindungi Guan Eng, aniayai Muhyiddin
March 24, 2023
[VIDEO] Laporan polis premis mahu anjur pesta kepondanan, LGBT
March 22, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok