Bawa usul percaya bermakna PM belum ada kepercayaan majoriti MP

December 1, 2022 · Politik

Langkah untuk membawa usul undi percaya ke Parlimen juga secara tidak langsung menunjukkan kerajaan yang dibentuk ketika ini belum memiliki kepercayaan majoriti Ahli Parlimen, kata Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Setiausaha Agung PAS itu berkata bagaimanapun Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh mengemukakan usul tersebut ke Dewan Rakyat bagi melihat sejauh mana sokongan yang dimilikinya sama ada mencukupi atau tidak.

“Bagi saya, apabila seorang Perdana Menteri membawa usul berkenaan ke Parlimen, itu bermakna Perdana Menteri yang sedia ada itu belum mempunyai kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat.

“Dalam perlembagaan untuk melantik seorang Perdana Menteri oleh Yang di-Pertuan Agong, orang itu mungkin mempunyai kepercayaan ahli Dewan Rakyat.

“Sebagai alternatif, Perdana Menteri itu perlu membawa usul ke Parlimen untuk melihat sokongan,” katanya dipetik laporan BH hari ini.

Jelasnya lagi, kerajaan sekarang bukannya Kerajaan Perpaduan, sebaliknya kerajaan minoriti.

“Mungkin mereka mempunyai kepercayaan majoriti. Majoriti tidak semestinya majoriti mudah dan boleh jadi majoriti dalam kalangan lain-lain.

“Pakatan Harapan (PH) mempunyai 82 kerusi, Perikatan Nasional (PN) pula mempunyai 73 kerusi. Maka, ketua PH ada majoriti, namun belum boleh membentuk kerajaan.

“Sebab itu saya katakan kerajaan sekarang bukan Kerajaan Perpaduan, sebaliknya kerajaan minoriti,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Takiyuddin berkata PN akan menjadi pembangkang yang membina kepada rakyat.

“Kita akan melantik beberapa Ahli Parlimen untuk memantau setiap satu kementerian memandangkan kita mempunyai 73 Ahli Parlimen,” katanya.

Berita berkaitan
Apa beza keluarga Anwar dengan Trump? soal Wan Fayhsal
4 jam lalu· Politik
Kena jaga hati parti dalam kerajaan, PM ulas jika bekas ahli UMNO masuk PH
6 jam lalu· Politik
Nepotisme dan Kronisme: Bad Governance!
6 jam lalu· Politik
Anwar sahkan lantikan anak, tapi tak ada elaun
6 jam lalu· Isu semasa
Popular
Perpecahan UMNO berisiko jejas peluang PH pada PRN, kata pemimpin DAP
January 29, 2023
Terima Khairy masuk PKR, nanti UMNO terguris hati macam mana? soal Aminuddin
January 29, 2023
UMNO sekarang hanya menumpang orang untuk dapat jawatan: Ku Li
January 29, 2023
Undang-undang anti-lompat halang sertai parti Hajiji, kata Armizan
January 29, 2023
Lagi Politik terkini
Undang-undang anti-lompat halang sertai parti Hajiji, kata Armizan
11 jam lalu · Politik
Terima Khairy masuk PKR, nanti UMNO terguris hati macam mana? soal Aminuddin
11 jam lalu · Politik
Perpecahan UMNO berisiko jejas peluang PH pada PRN, kata pemimpin DAP
11 jam lalu · Politik
Pembersihan UMNO hampir sama dengan langkah PKR pada 2020 pecat pemimpin sendiri
16 jam lalu · Politik
Lawan lempar tuduhan, hanya cubaan rosakkan imej PAS-PN
16 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ramai dah mula sedar, UMNO tak peduli orang Melayu
13 jam lalu
[VIDEO] Terserah kepada KJ sertai Bersatu
16 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok