Baru sekarang Ismail Sabri sedar sudah terlambat, kata bekas MP

November 7, 2022 · Politik

Bekas Ahli Parlimen (MP) Klang, Charles Santiago mengecam Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), tanpa berbincang secara serius dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung pelan kecemasan sekiranya banjir melanda.

Menurutnya keprihatinan Ismail Sabri sekarang ini berkaitan kemungkinan banjir ketika pilihan raya sudah terlambat kerana beliau sendiri telah membubarkan Parlimen ke-14 pada 10 Oktober lalu.

“Beliau membubarkan Parlimen kerana mengetahui PRU-15 akan bertepatan dengan musim banjir kerana Jabatan Meteorologi Malaysia telah memberi amaran sebegitu dua bulan lalu.

“Mengalah kepada tekanan daripada UMNO, beliau rela mengorbankan kesejahteraan rakyat Malaysia dalam usaha memastikan (Datuk Seri Ahmad)Zahid Hamidi terlepas daripada penjara.

“Ismail Sabri, jika (beliau) benar-benar prihatin, sepatutnya melakukan usaha wajarnya sebelum membubarkan Parlimen. Rasa prihatin yang tiba-tiba datang agak terlambat,” kata Charles dalam satu kenyataan hari ini (7 November 2022).

Pada 10 Oktober lalu, Ismail Sabri – setelah mendapat desakan daripada partinya, khususnya Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi – membubarkan Parlimen ke-14 berkuat kuasa serta-merta, walaupun ramai menteri Kabinet dan pemimpin politik menolak diadakan pilihan raya ketika musim tengkujuh.

Desakan itu semakin panas setelah pemimpin idola mereka, Datuk Seri Najib Razak yang juga bekas Perdana Menteri dan bekas Presiden UMNO gagal dalam rayuan akhir skandal SRC International dan kini menjalani hukuman penjara 12 tahun.

Untuk rekod, pada 6 Oktober lalu empat hari sebelum Ismail Sabri membubarkan Parlimen, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran berkaitan Monsun Timur Laut yang lazimnya akan bermula pada November dan berakhir pada Mac.

Menurut MetMalaysia, ketika tempoh ini, negara akan menerima tiupan angin yang konsisten dari arah timur laut di antara 10 hingga 20 kilometer sejam dengan beberapa siri hujan lebat yang menyeluruh juga dijangka berlaku, terutama di negeri Pantai Timur Semenanjung dan barat Sarawak.

Terbaharu, pada Khamis lalu, MetMalaysia sekali lagi memberi amaran bahawa Monsun Timur Laut akan melanda negara lebih awal daripada jangkaan iaitu bermula esok, 7 November dan berterusan sehingga kira-kira Mac tahun depan.

Kira-kira empat hingga enam episod hujan monsun, yang akan membawa hujan lebat berterusan, dijangka berlaku sepanjang tempoh ini.

MetMalaysia juga meramalkan penomena air pasang besar dijangka berlaku dalam tempoh 6 hingga 11 November; 22 hingga 27 November; 7 hingga 12 Disember; 22 hingga 26 Disember; serta 6 hingga 10 Januari 2023 dan 21 hingga 25 Januari 2023.

SPR menetapkan hari pengundian pada 19 November.

Semalam, Ismail Sabri dipetik sebagai berkata SPR boleh menangguhkan PRU-15 jika banjir besar berlaku sepanjang tempoh berkempen dan perbincangan lanjut akan dibuat sekiranya keadaan mendesak.

“Kerajaan sudah bersedia, namun jika banjir besar berlaku sehingga tidak boleh keluar mengundi, saya akan berbincang dengan SPR sekiranya ada alternatif lain untuk mengatasi masalah ini,” kata Ismail Sabri.

“Adakah Ismail Sabri Yaakob berbohong? Adakah ini bermakna belum ada perbincangan mengenai fakta bahawa satu pertiga daripada pusat pemindahan di seluruh negara juga akan digunakan sebagai pusat mengundi? soal Charles.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Shahidan sindir MP UMNO-BN dipinggir daripada Kabinet, hampa kena game?
8 jam lalu· Politik
Lantikan Zahid sebagai TPM bukti kerajaan baharu bersih
December 2, 2022· Isu semasa
Hormati pengantin baharu, calon BN bakal beri laluan kepada PH di Padang Serai
December 2, 2022· Politik
MB Pahang pun sudah jadi macam Zahid, kuat menipu sekarang: Saifuddin
December 2, 2022· Politik
Popular
Shahidan sindir MP UMNO-BN dipinggir daripada Kabinet, hampa kena game?
December 3, 2022
DAP tak puas hati komposisi menteri UMNO lebih ramai, tapi menang sikit
December 3, 2022
Kehancuran total pun mungkin tak mampu insafkan UMNO: Mokhtar
December 3, 2022
Ingat nak hantar Zahid ke penjara, rupanya ke Putrajaya: PH kena sindir
December 3, 2022
Lagi Politik terkini
Zahid hadapi tuduhan rasuah, tak patut dilantik jadi TPM: BERSIH
8 jam lalu · Politik
Saya tolak tawaran Anwar untuk jadi menteri, kata Gobind
8 jam lalu · Politik
Ingat nak hantar Zahid ke penjara, rupanya ke Putrajaya: PH kena sindir
8 jam lalu · Politik
DAP tak puas hati komposisi menteri UMNO lebih ramai, tapi menang sikit
11 jam lalu · Politik
Kewibawaan Kabinet Anwar terjejas setelah Zahid dilantik TPM: IDEAS
12 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Jangan berkira duit balik mengundi demi bangsa dan agama
December 3, 2022
[VIDEO] Ucapan Sanusi di PRK Padang Serai
December 3, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok