Barisan masa depan UMNO: Pemuda Negeri Sembilan pertahan Khairy

September 5, 2022 · Politik

Pemimpin barisan masa depan UMNO terus mempertahankan Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin, namun menggesa beliau diletak bertanding di kawasan tepat dan sesuai pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang,

Menyifatkan Menteri Kesihatan berusia di bawah 50 tahun itu sebagai pemimpin masa depan negara, Pemuda UMNO Negeri Sembilan berkata Khairy adalah juga aset penting parti.

Ketua Pemuda UMNO Negeri Sembilan Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir berkata pihaknya yakin dengan kepemimpinan Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamad Hasan akan meletakkan Khairy di kerusi Parlimen yang bagus pada PRU-15 nanti.

“Yakinlah, dia (Khairy) adalah aset UMNO dan pemimpin masa depan, jadi parti tidak akan mengetepikan beliau,” katanya menurut BH ketika diminta mengulas kedudukan Khairy di Parlimen Rembau pada PRU akan datang.

Terdahulu, Agenda Daily memetik sumber yang rapat dengan Khairy sebagai berkata Khairy dilihat tergolong dalam barisan baharu yang berpotensi untuk mengambil alih kepemimpinan tertinggi UMNO dan langkah beliau harus dicantas terlebih dahulu.

Individu yang rapat dengan Khairy tetapi tidak membenarkan nama disiarkan, memberitahu Agenda Daily bahawa populariti bekas Ketua Pemuda UMNO itu semakin meningkat setelah dilantik semula menjadi menteri ketika pentadbiran Perikatan Nasional (PN) di bawah Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan kemudiannya dikekalkan oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Sebelum itu, Khairy dalam satu program di Kuala Lumpur dilaporkan mengesahkan beliau tidak akan bertanding di Parlimen Rembau pada PRU-15.

Keputusan itu dibuat selepas beliau diarah mengosongkan kerusi berkenaan oleh Tok Mat (Mohamad Hasan) yang mahu bertanding di Parlimen Rembau, selain mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau yang disandangnya sejak 2004.

Khairy mengakui terpaksa akur dengan arahan itu walaupun tidak pernah bersedia untuk bertanding di mana-mana kawasan Parlimen lain, memandangkan sudah lebih 20 tahun berpolitik di Rembau.

Susulan itu, Pemuda UMNO Bahagian Seremban mencadangkan supaya Khairy yang juga Timbalan Ketua Bahagian Rembau bertanding di Parlimen Seremban berdepan Setiausaha Agung DAP Anthony Loke.

Sumber yang rapat dengan Khairy bagaimanapun berkata cadangan itu adalah langkah untuk membunuh kerjaya politik Menteri Kesihatan itu, kerana kekuatan DAP di kerusi berkenaan.

Untuk rekod, kerusi Parlimen Seremban disandang Anthony Loke sejak tiga penggal lalu bermula pada PRU-12 hingga yang terakhir pada PRU-14 mengalahkan calon MCA, dan PAS.

Dalam ketiga-tiga PRU itu undi yang diperolehnya sentiasa meningkat iaitu memperoleh 48 peratus pada 2008, 52 peratus (2013) dan 60 peratus (2018).

Semalam, seorang lagi pemimpin barisan masa depan UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mempertahankan Khairy, setelah muncul desakan supaya Menteri Kesihatan itu mengosongkan kerusi Parlimen Rembau pada PRU-15 akan datang.

Reezal Merican yang juga bekas Setiausaha Politik kepada bapa mentua Khairy, Tun Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan Ahli Parlimen Rembau itu sebagai ‘aset politik’ UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang cukup penting bagi menyumbang kemenangan pada PRU-15 nanti.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO itu juga berpendapat jika Khairy tidak bertanding pada PRU-15, ia bakal mewujudkan ‘senario terburuk’ atau ‘worst-case scenario’ terhadap parti.

Mengulas lanjut, Mohd Zaidy berkata, Khairy adalah aset UMNO dan boleh memimpin parti itu pada masa depan

“, Khairy perlu diberikan tempat (kerusi) yang sesuai dan jika dia tidak diberikan tempat (bertanding), UMNO akan rugi.

“Saya yakin Mohamad dan pucuk pimpinan parti akan berikan tempat (kerusi) yang baik untuk Khairy. Berilah kepercayaan kepada pucuk pimpinan untuk membuat keputusan sewajarnya,” katanya.

Berita berkaitan
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023· Politik
PAS bidas kenyataan biadab MP PKR dalam isu poligami, dakwa sentuh 3R
November 27, 2023· Politik
Orang Melayu sudah hilang kuasa, UMNO hanya menumpang dalam kerajaan
November 24, 2023· Politik
Kajian Merdeka Center bukti rakyat marah kepada PMX, tahap terburuk: Idris
November 23, 2023· Politik
Popular
PRK Kemaman: 48 peratus sudah keluar mengundi setakat 2 petang
December 2, 2023
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
November 30, 2023
Kes saman fitnah: Ramasamy sudah bayar Zakir RM1.52 juta
December 1, 2023
Menara KL: Annuar ambil tindakan undang-undang terhadap individu buat fitnah
January 4, 2023
Lagi Politik terkini
PRK Kemaman: 48 peratus sudah keluar mengundi setakat 2 petang
2 jam lalu · Politik
Kes saman fitnah: Ramasamy sudah bayar Zakir RM1.52 juta
December 1, 2023 · Politik
Najib mohon DNAA bagi tiga lagi pertuduhan membabitkan kes dana SRC
December 1, 2023 · Politik
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
November 30, 2023 · Politik
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tuan Guru Hadi di Grand Finale PRK Kemaman
7 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Radzi Jidin di Grand Finale PRK Kemaman
9 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok