Barisan masa depan UMNO: Khairy ‘aset’ penting politik, kata Reezal

September 5, 2022 · Politik

Seorang lagi pemimpin barisan masa depan UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mempertahankan Khairy Jamaluddin, setelah muncul desakan supaya Menteri Kesihatan itu mengosongkan kerusi Parlimen Rembau pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang.

Reezal Merican yang juga bekas Setiausaha Politik kepada bapa mentua Khairy, Tun Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan Ahli Parlimen Rembau itu sebagai ‘aset politik’ UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang cukup penting bagi menyumbang kemenangan pada PRU-15 nanti.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO itu juga berpendapat jika Khairy tidak bertanding pada PRU-15, ia bakal mewujudkan ‘senario terburuk’ atau ‘worst-case scenario’ terhadap parti.

Ini kerana katanya, Khairy yang juga bekas Ketua Pemuda UMNO, memiliki aura tersendiri yang boleh membantu mengekalkan momentum kemenangan UMNO dan BN.

“Selain itu, KJ (Khairy) juga dilihat sebagai personaliti yang boleh memberi keseimbangan untuk menarik pengundi, terutama kumpulan belia 18 tahun dan pengundi kali pertama.

“Perubahan demografi pengundi pasca Undi 18 juga dilihat cukup dinamik, dan KJ mempunyai aura tersendiri yang boleh mengekalkan momentum kemenangan buat UMNO serta BN,” kata Ahli Parlimen Kepala Batas itu dalam kenyataan melalui Facebook beliau, malam tadi.

Terdahulu, Agenda Daily memetik sumber yang rapat dengan Khairy sebagai berkata Khairy dilihat tergolong dalam barisan baharu yang berpotensi untuk mengambil alih kepemimpinan tertinggi UMNO dan langkah beliau harus dicantas terlebih dahulu.

Individu yang rapat dengan Khairy tetapi tidak membenarkan nama disiarkan, memberitahu Agenda Daily bahawa populariti bekas Ketua Pemuda UMNO itu semakin meningkat setelah dilantik semula menjadi menteri ketika pentadbiran Perikatan Nasional (PN) di bawah Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan kemudiannya dikekalkan oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Sumber itu mengimbas sejarah Khairy bertanding Presiden UMNO pada 2018 dan memperoleh 51 undi di belakang Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (93 undi), tetapi mendahului veteran UMNO Tengku Razaleigh Hamzah (23 undi).

“Dia adalah antara barisan baharu yang masih berusia di bawah 50 tahun dalam UMNO, tetapi telah menunjukkan potensi untuk memimpin negara. Menjadi menteri pada 2013 hingga Barisan Nasional (BN) kalah PRU-14 pada 2018.

“Kerjaya menteri tertenti sekejap apabila Pakatan Harapan (PH) memerintah Kerajaan Pusat selama 22 bulan. Tetapi sebaik Perikatan Nasional (PN) mengambil alih pentadbiran negara, dia diangkat semula menjadi menteri oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Potensi kepemimpinannya dipercayai oleh parti lain, dan apabila Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjadi Perdana Menteri, Khairy diberi tanggungjawab besar sebagai Menteri Kesihatan untuk menangani wabak Covid-19 yang melanda negara,” kata sumber itu kepada Agenda Daily.

Semalam, Khairy mengesahkan tidak akan bertanding di Parlimen Rembau pada PRU-15, dengan menjelaskan beliau diminta ‘memberi laluan dan mencari tempat lain’ oleh Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan yang mahu bertanding di kerusi terbabit.

Khairy dipetik sebagai berkata, beliau tidak mengetahui kerusi mana bakal ditandinginya pada PRU-15 kerana tiada pernah menjangka perlu keluar dari Parlimen Rembau.

“Saya tidak pernah membuat persiapan untuk pergi ke kawasan lain. Buat apa saya kacau tempat orang lain? Saya sudah tiga penggal di Rembau,” kata Khairy.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rembau itu bagaimanapun akur untuk memberi laluan kepada Mohamad bertanding di kerusi Parlimen berkenaan.

Mengulas lanjut, Reezal Merican yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata beliau mengenali Khairy secara peribadi sejak mereka sama-sama bergiat aktif dalam Pemuda UMNO.

“Kita semua dapat melihat beliau mempunyai kebolehan tersendiri untuk ‘deliver’ (menyampaikan) serta melunaskan tanggungjawab dengan baik.

“Ya, adakala beliau agak lantang memberikan sudut pandang atau perspektif yang agak berbeza. Namun, ia tidak bermakna pandangan beliau betul semuanya atau salah semuanya,” katanya.

Malah, Reezal Merican berkata, Khairy dilihat sebagai seorang rakan menteri yang sering memberi hujah bernas dalam mesyuarat Kabinet.

“Kepimpinan beliau juga diiktiraf pada peringkat antarabangsa sehingga membolehkan beliau dipilih sebagai Naib Presiden Perhimpunan Kesihatan Sedunia (WHA) Ke-75 pada Mei lalu.

“Seperti manusia lain juga, KJ tidak sempurna tetapi saya yakin keupayaan dan kebolehan KJ sebagai seorang pemimpin akan terus menjadi aset politik yang cukup penting untuk kemenangan parti pada PRU-15,” katanya.

Semalam, Pemuda UMNO Bahagian Seremban mencadangkan Khairy bertanding di Parlimen Seremban yang sejak tiga penggal lalu dikuasai oleh Setiausaha Agung DAP Anthony Loke.

Berita berkaitan
Selepas selesai bertemu Agong, PM bertemu ‘top five’ UMNO pula
9 jam lalu· Politik
Buat PRU-15 itu pendirian UMNO, Menteri PN mahu utamakan rakyat dahulu
14 jam lalu· Politik
Zahid kata PM tak dihormati, tapi terlupa insiden ‘boo’ dalam dewan
15 jam lalu· Politik
Sekarang pun sudah ada tempat yang banjir, kata MetMalaysia
15 jam lalu· Isu semasa
Popular
Selepas selesai bertemu Agong, PM bertemu ‘top five’ UMNO pula
October 6, 2022
Zahid kata PM tak dihormati, tapi terlupa insiden ‘boo’ dalam dewan
October 6, 2022
Muhyiddin yakin PAS kekal dalam PN
October 6, 2022
Walau diberi kata dua PAS masih harap UMNO, Bersatu bekerjasama
October 6, 2022
Lagi Politik terkini
PRU-15: PN akan pertahan kerusi disandang, kata Wan Saiful
6 jam lalu · Politik
Muhyiddin yakin PAS kekal dalam PN
7 jam lalu · Politik
PN bincang manifesto PRU-15
7 jam lalu · Politik
Walau diberi kata dua PAS masih harap UMNO, Bersatu bekerjasama
12 jam lalu · Politik
PRU musim bencana strategi UMNO, peratusan keluar mengundi rendah
14 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Menteri PN peduli rakyat, hantar petisyen tangguh PRU15
11 jam lalu
[VIDEO] Perkukuh ukhwah, tolak usaha pecah belahkan PN
19 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok