Banyak sangat bendera PH, Peja ingat Tambun dijajah Vietnam

November 17, 2022 · Politik

Calon Perikatan Nasional (PN) Parlimen Tambun, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menyangka kawasannya itu sudah dijajah Vietnam susulan terlalu banyak bendera warna merah dipasang.

“Mula-mula saya pun risau apakah kita terjajah (oleh Vietnam), rupanya bukan, rupanya PH (Pakatan Harapan), nasib baik, saya rasa lega.

“Kita boleh nampak bendera PH warna merah, Tambun ini jadi macam negara Vietnam pula saya rasa. Macam sambutan hari kebangsaan Vietnam sebab bendera Vietnam kan (hampir sama) dengan (PH)…nasib baiklah dia ada (logo) A tu macam roket,” katanya dengan nada jenaka ketika sidang media di Ipoh, Perak, lapor Malaysiakini.

Beliau yang juga Bekas Menteri Besar Perak berkata logo PH yang berbentuk roket mencerminkan ‘penguasaan’ DAP dalam gabungan itu.

Ahmad Faizal atau lebih dikenali dengan panggilan Peja bakal berdepan dengan Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi merebut kerusi Tambun pada PRU kali ini.

Pertembungan dua gergasi itu terus menarik perhatian apabila perang poster dan papan iklan berlarutan sejak Anwar mengumumkan akan bertanding di situ sehingga kini.

Pagi ini, Ahmad Faizal melancarkan manifesto PN, yang mengandungi pelbagai manfaat untuk negeri itu dengan tempoh kurang 48 jam sebelum pengundian.

Pada awalnya, Ahmad Faizal menaikkan papan iklan iklan yang memaparkan dirinya dan slogan ‘Ayor bukan Ayaq’ di Komplek Lai Chee di Tambun sebagai sindiran terhadap Anwar.

Dalam masa seminggu, dia memasang papan iklan lain yang bertulis “Never Lost in Tambun” di sepanjang Jalan Chemur/Jalan Meru Impian.

Ia kemudiannya digantikan dengan papan iklan “Dari Tambun Susur Keluar ke Utara”.

Awal minggu ini selepas Anwar memasang poster gergasi dirinya di sekitar Tambun, satu sepanduk dengan perkataan ‘size does not matter’ (saiz tidak penting) telah dinaikkan.

Berita berkaitan
UMNO tanding PRK Kemaman jika diadakan, kata Zahid yakin rakyat sokong
4 jam lalu· Politik
Satu negara harga barang naik, kenapa tumpu jualan murah di Pelangai? soal ADUN Beserah
September 29, 2023· Politik
Kumpulan peguam persoal PH dan PMX membisu hukuman penjara Wan Ji
September 26, 2023· Isu semasa
Ini semua luar tabii, kata MP Alor Setar sindir Setiausaha Politik PMX
September 22, 2023· Politik
Popular
UMNO sekat pertandingan jawatan Presiden, pecat calon mahu cabar Zahid: Afnan
September 30, 2023
Puad sindir Rafizi gagal tawar formula luar biasa
September 29, 2023
Bukan Rafizi saja salah tapi PMX juga gagal memimpin negara, kata Tun Faisal kepada Puad
September 29, 2023
Penyandang jawatan ’Top 5’ kekal, tiada pertandingan pada Muktamar PAS: Takiyuddin
September 29, 2023
Lagi Politik terkini
UMNO sekat pertandingan jawatan Presiden, pecat calon mahu cabar Zahid: Afnan
3 jam lalu · Politik
Bukan Rafizi saja salah tapi PMX juga gagal memimpin negara, kata Tun Faisal kepada Puad
September 29, 2023 · Politik
Puad sindir Rafizi gagal tawar formula luar biasa
September 29, 2023 · Politik
Penyandang jawatan ’Top 5’ kekal, tiada pertandingan pada Muktamar PAS: Takiyuddin
September 29, 2023 · Politik
MP DAP sudah diambil keterangan berhubung video tafsir al-Quran: Ayob Khan
September 29, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
7 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok