Banyak kejayaan MoU PH-kerajaan, harap dapat kekal: Salahuddin

April 21, 2022 · Politik

Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik antara kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan (PH) wajar diteruskan bagi mengekalkan kestabilan negara yang baharu memasuki fasa endemik, saran Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Salahuddin, yang juga timbalan presiden Parti Amanah Negara (PAN) itu menunjuk kepada usaha meminda perlembagaan Perkesekutuan bagi membolehkan membolehkan Akta Antilompat Parti merupakan menjadi antara kejayaan besar bagi MoU yang tamat 31 Julai ini.

Tambah Ahli Parlimen Pulai tersebut, keputusan untuk tidak menyambung MoU itu dibuat oleh UMNO namun PH menandatangani dokumen tersebut dengan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“PH percaya kita di landasan yang betul apabila menandatangani MoU dengan PM. Banyak kritikan yang menyatakan kita cuba ambil langkah ke belakang, tetapi tidak begitu.

“Keduanya, beberapa pindaan perlembagaan dapat kita buat dan tidak mungkin akan berlaku tanpa MoU.

“Contohnya, pinda perlembagaan untuk mengizinkan Undi 18, memberi peluang kepada pengundi baru, mengeluarkan Agong dan Raja Melayu daripada senarai mengundi, dan yang paling penting ialah Akta Antilompat Parti,” beliau dipetik sebagai berkata oleh Awani.

Beliau turut mengulangi laungan supaya parti-parti pembangkang dalam negara disatukan dalam ‘khemah besar’ bagi menentang Barisan Nasional (BN).

Salahuddin berharap khemah besar itu nanti dibuka bagi semua pihak yang menentang BN, sambil menambah memaafkan dan melupakan perkara lalu penting untuk melihat kesepaduan poliik pembangkang.

“Kita dalam proses berjumpa semua pihak. Ia salah satu Resolusi Port Dickson melibatkan Amanah, DAP, PKR pada April tahun lalu.

“Semua parti setuju dengan deklarasi konsep khemah besar. Keputusan Deklarasi Port Dickson boleh direalisasikan. Jangan putus asa di tengah jalan,” katanya lagi.

Beberapa hari lepas, Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri memberi isyarat bahawa blok tersebut bersedia menjalinkan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang dipimpin Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Popular
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Lagi Politik terkini
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024 · Politik
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok