Banyak kali Anwar cakap ada sokongan, tapi tak jadi PM juga: Dr Mahathir

June 3, 2022 · Politik

Tun Dr Mahathir Mohamad menyindir Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sering mengumumkan kononnya memiliki majoriti untuk menjadi Perdana Menteri (PM) tetapi sehingga kini masih gagal dalam mengejar cita-citanya itu.

Pengerusi Pejuang itu berkata Anwar tidak pernah memiliki sokongan majoriti untuk menjadi PM dan tidak boleh dipercayai lagi dengan setiap pengumuman dibuat oleh Presiden PKR tersebut.

“Anwar tak dapat sokongan, berapa kali dah dia buat pengumuman, dia nak jadi perdana menteri.

“Tapi tak jadi. Dia tak ada sokongan,” kata Ahli Parlimen Langkawi itu dipetik Utusan Malaysia.

Dr Mahathir juga menyalahkan Anwar sebagai punca tidak dapat menjadi PM semula selepas peletakan jawatan pada 24 Feb 2020 apabila mendakwa memiliki banyak sokongan untuk menjadi PM tetapi sebaliknya hanya sekadar memiliki 92 undi sahaja.

Ujarnya, jika Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) memberi sokongan kepadanya dicampur dengan 62 undi dimilikinya, Dr Mahathir tidak menolak akan dapat menjadi PM semula.

“Kalau tak sabit dia (Anwar), saya hari ini jadi Perdana Menteri. Pasal bila saya letak jawatan, Agong mahu setiap 220 ahli parlimen tulis siapa yang mereka pilih. Saya fikir PH akan letak nama sayalah, pasal saya daripada PH.

“Tetapi Anwar kata dia ada banyak sokongan, tapi dia orang (PH) bagi kepada Anwar 92 undi, saya dapat 62, bukan daripada PH, daripada parti lain orang lain saya tak tahu siapa.

“Kalau saya dapat 62, kalau saya juga dapat 92 daripada PH, saya dapat 154, saya jadi perdana menterilah. Tapi dia bagi saya kalah, dia pun kalah,” katanya lagi.

Berhubung kerjasama politik, Dr Mahathir berkata Pejuang tidak terlibat dalam sebarang perbincangan konkrit ke arah merealisasikan strategi “khemah besar” setakat ini.

“Tidak ada, tiada mana-mana ahli politik yang menghubungi saya, mungkin melalui orang Bersatu, adalah.

“Cuma, ada dua, tiga parti yang kita dalam kajian, kita tak berani buat keputusan lagi.

“Kita nak tengok pendirian sebab Pejuang ini satu daripada perjuangannya ialah untuk lawan rasuah, kalau orang dalam parti itu nampak terlibat dengan rasuah, kita tak boleh­lah nak kerjasama,” katanya lagi.

Berita berkaitan
Komuniti perniagaan Arab Saudi dipelawa PMX melabur di Malaysia
March 24, 2023· Isu semasa
PMO pandang serius nama digunakan untuk kepentingan pihak tertentu
March 15, 2023· Isu semasa
Cadangan PMX cagar KWSP membimbangkan kesatuan bank, faedah mungkin tinggi
March 10, 2023· Isu semasa
100 hari: KJ cuma bagi markah B- untuk kerajaan Anwar
March 7, 2023· Isu semasa
Popular
PRN: UMNO ada senjata tekan parti komponen PH beri kerusi sama rata
March 26, 2023
Kebimbangan kebebasan bersuara disekat meningkat bawah kerajaan Anwar: Media Singapura
March 26, 2023
PRN: PN sudah ada calon MB, poster boy di Selangor, Negeri Sembilan
March 26, 2023
Pembahagian kerusi PN dalam PRN berjalan dengan baik, sudah selesai: Sanusi
March 25, 2023
Lagi Politik terkini
Kebimbangan kebebasan bersuara disekat meningkat bawah kerajaan Anwar: Media Singapura
7 jam lalu · Politik
PRN: UMNO ada senjata tekan parti komponen PH beri kerusi sama rata
8 jam lalu · Politik
PRN: PN sudah ada calon MB, poster boy di Selangor, Negeri Sembilan
9 jam lalu · Politik
Pembahagian kerusi PN dalam PRN berjalan dengan baik, sudah selesai: Sanusi
17 jam lalu · Politik
Guan Eng! Jangan jadi telunjuk lurus kelingking berkait: Ketua Armada
20 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar bohong untuk lindungi Guan Eng, aniayai Muhyiddin
March 24, 2023
[VIDEO] Laporan polis premis mahu anjur pesta kepondanan, LGBT
March 22, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok