Bantah Zahid gugur Noh, ahli UMNO tanding Bebas di Tanjong Karang

November 5, 2022 · Politik

Selepas keputusan Barisan Nasional (BN) menggugurkan penyandang ahli Parlimen Tanjong Karang Tan Sri Noh Omar daripada bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), seorang ahli jawatankuasa UMNO bahagian itu menyerahkan borang pencalonan sebagai calon Bebas, sebagai tanda protes.

Mohd Rosni Mastol, 59 yang berasal dari Sungai Burong berkata beliau mahu membawa suara ahli akar umbi tempatan menggunakan tema ‘Jebat Kembali’ – menggambarkan pahlawan Melayu yang memberontak menentang Raja Melaka pada zaman dahulu, kerana ketidakadilan.

“Saya mewakili suara akar umbi di sini yang kecewa dengan penyingkiran Tan Sri Noh yang merupakan ahli Parlimen yang baik.

“Kami tidak bersetuju dengan cara presiden (UMNO) memecat beliau sebagai wakil rakyat di sini,” katanya merujuk kepada Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Ditanya sama ada beliau takut dipecat daripada UMNO kerana bertanding menentang calon parti, Rosni tersenyum lebar dan berkata beliau sanggup menjadi “kambing hitam”.

“Saya sanggup dikorbankan atau dicap sebagai kambing hitam untuk mengingatkan presiden tentang kesilapannya,” katanya menurut MalayMail.

Rosni diiringi anak perempuannya Nur Khairunissa dan seorang lagi ahli UMNO tempatan Nor Miskan, menyerahkan borang pencalonannya

Katanya, beliau satu-satunya anak tempatan dalam kalangan empat calon lain yang bertanding kali ini.

“Saya tidak mahu orang lain mengatakan bahawa penduduk tempatan tidak berani,” katanya.

Bekas pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) itu akan menentang calon pengganti Noh, Ketua Wanita UMNO Bahagian Datuk Habibah Mohd Yusof, selain Dr Zulkafperi Hanapi (Perikatan Nasional); Siti Rahayu Baharin (Perikatan Demokratik Bersatu Malaysia); dan Azlan Sani Zawawi (Pejuang).

Semalam, Noh berkata beliau menerima hakikat digugurkan sebagai calon bagi kerusi Parlimen Tanjong Karang.

Bagaimanapun, beliau tidak dapat menyembunyikan hakikat bahawa beliau kecewa, sekurang-kurangnya, dengan keputusan itu, dan mengkritik Zahid kerana berbuat demikian.

Berita berkaitan
Isteri saya bukan kerabat, Radzi nafi terlibat dalam projek cetak buku
4 jam lalu· Politik
Petik ayat al-Quran gesa sokong kerajaan, MP DAP bukan Islam disiasat
September 22, 2023· Politik
Bukan mahkamah bebaskan Zahid tapi pendakwa raya tarik pendakwaan: Idris
September 22, 2023· Politik
Khairy tak rasa bekas Peguam Negara akan beri penjelasan kes Zahid dihentikan
September 21, 2023· Politik
Popular
Dulu dihantui DNA Saiful, kini PMX dihantui DNAA Zahid: Hishammuddin Rais
September 22, 2023
Ini semua luar tabii, kata MP Alor Setar sindir Setiausaha Politik PMX
September 22, 2023
Saya pun tak berani hurai al-Quran tapi dia berani, Sanusi bidas MP DAP bukan Islam
September 23, 2023
Petik ayat al-Quran gesa sokong kerajaan, MP DAP bukan Islam disiasat
September 22, 2023
Lagi Politik terkini
PRK Pelangai menyaksikan saingan tiga penjuru
4 jam lalu · Politik
Saya pun tak berani hurai al-Quran tapi dia berani, Sanusi bidas MP DAP bukan Islam
September 23, 2023 · Politik
MP Tanah Merah dakwa jurugambar PMX sengaja tular gambar fitnah, lapor polis
September 22, 2023 · Politik
Ini semua luar tabii, kata MP Alor Setar sindir Setiausaha Politik PMX
September 22, 2023 · Politik
Dulu dihantui DNA Saiful, kini PMX dihantui DNAA Zahid: Hishammuddin Rais
September 22, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Dah bohong sini, dia bohong di New York
43 minit lalu
[VIDEO] Penamaan calon PRK Pelangai selesai, PN hadapi saingan 3 penjuru
15 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok