Bakar al-Quran di Sweden: PN kutuk provokasi biadab, melampau

January 23, 2023 · Politik

Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) mengutuk sekeras-kerasnya serangan terhadap kesucian Islam melalui provokasi melampau yang cuba menyemarakkan gerakan Islamofobia dan kebencian terhadap agama Islam.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata insiden membakar kitab suci al-Quran di hadapan kedutaan Turkiye di Stockholm, Sweden, merupakan satu bentuk pencabulan keharmonian bermasyarakat yang teramat serius serta tindakan keji dan biadab yang tidak boleh dibiarkan sama sekali.

“Jenayah kebencian secara terang-terangan ini tidak boleh dibiarkan atas apa juga alasan toleransi atau berselindung di sebalik dakyah kebebasan bersuara.

“Sweden perlu bertindak menghukum kesemua pelakunya kerana ia bukan kejadian pertama yang didalangi Rasmus Paludan dan kumpulan Stram Kurs.

“Dalam hal ini, Ahli-Ahli Parlimen Pembangkang mengambil pendirian untuk bersolidariti bersama dengan Kerajaan bagi mempertahan kesucian agama Islam dan menentang sebarang unsur Islamophobia, ekstremisme, radikalisme, kebencian serta keganasan,” katanya yang juga Setiausaha Agung PN, dalam kenyataan hari ini (23 Januari 2023).

Hamzah yang juga Ahli Parlimen Larut berkata, Putrajaya perlu memanggil Duta Sweden ke Malaysia bagi menyuarakan bantahan, kekecewaan serta kekesalan Malaysia secara rasmi berkaitan kejadian itu.

Menurutnya Malaysia juga perlu menuntut hukuman segera dikenakan ke atas pelaku serta memastikan insiden serupa tidak dibenarkan berlaku pada masa hadapan.

“Ahli-Ahli Parlimen Pembangkang juga menyeru kepada Kerajaan agar lebih proaktif dalam mengajak serta memimpin masyarakat antarabangsa agar bersama-sama menggalas tanggungjawab untuk menghenti dan menentang sebarang bentuk perilaku Islamofobia, xenofobia serta tidak bertoleransi terhadap hasutan atau dasar yang menyemarak keganasan,” katanya.

Berita berkaitan
Himpunan bantah bakar Al-Quran, 10 individu sudah dirakam keterangan polis
February 2, 2023· Isu semasa
Bersatu bidas kerajaan campuran tekan musuh politik, siasatan SPRM kerana fitnah
February 1, 2023· Politik
Pemimpin PAS dan Bersatu berkumpul di depan Kedutaan Sweden, tiada pemimpin UMNO
January 27, 2023· Isu semasa
Kerajaan tak tegas dalam tangani Islamofobia, NGO gesa ambil tindakan diplomatik
January 26, 2023· Isu semasa
Popular
KJ, Annuar, Noh bakal sertai PAS?
February 7, 2023
Sertai Bersatu, tawan Selangor atau Negeri Sembilan, KJ boleh jadi MB
February 8, 2023
Bila jembalang jadi rakan, Melayu bangkit pertahan agama, bangsa
February 8, 2023
MT tolak maklumat agensi kata UMNO kalah jika PRU-15 awal
February 8, 2023
Lagi Politik terkini
Aminuddin bimbang KJ mungkin tanding PRN Negeri Sembilan
48 minit lalu · Politik
Bila jembalang jadi rakan, Melayu bangkit pertahan agama, bangsa
3 jam lalu · Politik
SPRM boleh siasat akaun bank parti tapi jangan bersifat politik: PAS
4 jam lalu · Politik
Dulu lantang kini diam, MUDA bidas pemimpin PH isu kapal tempur
6 jam lalu · Politik
MUDA kecil hati tak dijemput ke mesyuarat di pejabat UMNO, tapi logo di poster ada
6 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Kedah buru sindiket jual tanah, penerima geran jangan tamak
12 jam lalu
[VIDEO] 505 peneroka Pendang akan terima geran tanah
14 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok