Bakal MB Johor baharu ganti Hasni juga saksi kes SRC dihadapi Najib?

March 15, 2022 · Politik

Spekulasi tercetus bakal Menteri Besar (MB) baharu menggantikan Datuk Seri Ir. Hasni Mohammad adalah seorang saksi dalam kes pengubahan wang haram SRC International Sdn Bhd melibatkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Hasni semakin pasti tidak dilantik semula sebagai MB Johor selepas mencadangkan calon lain untuk menggantikannya dan nama yang dikaitkan untuk menerajui kerajaan negeri adalah Datuk Onn Hafiz Ghazi, saksi dalam kes perbicaraan SRC Najib sebelum ini.

Dalam satu kenyataan, Hasni yang pada mulanya dicalonkan sebagai MB Johor semasa kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sebaliknya mencadangkan seorang calon yang lebih muda untuk mentadbir kerajaan negeri.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor itu berkata, di bawah kepemimpinan baharu kelak, Johor menjadi lebih makmur dan sejahtera.

“Melihat sokongan dan kedudukan orang muda yang penting dalam pembangunan negeri Johor dan demi kemakmuran negeri yang berpanjangan, saya mencadangkan agar pucuk pimpinan parti memilih orang muda untuk memimpin Johor,” katanya menurut kenyataan tersebut.

Walaupun pada awalnya Hasni diketengahkan sebagai ‘poster boy’ Barisan Nasional (BN) dan dilihat menjadi faktor yang banyak membantu kemenangan besar dengan majoriti dua pertiga, bagaimanapun tidak pasti selepas kemenangan tersebut pucuk pimpinan dikatakan memilih nama yang lain.

Menurut laporan media Malaysiakini, UMNO dikatakan mengemukakan tiga nama iaitu penyandang, Hasni, Datuk Mohd Puad Zarkashi dan Onn Hafiz sebagai calon MB.

Bagaimanapun nama Onn Hafiz dikatakan mendapat perkenan istana.

Onn Hafiz merupakan bekas Exco Pelancongan, Belia dan Sukan Johor dan berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap pada PRN Johor 12 Mac.

Untuk rekod, Onn Hafiz merupakan saksi pendakwaan ke-16 dalam kes perbicaraan SRC melibatkan Najib yang sudah dijatuhkan hukuman bersalah dan sedang rayuan peringkat akhir di Mahkamah Persekutuan ketika ini.

Dalam keterangan saksi sebelum ini, Onn Hafiz mengakui Najib mengeluarkan sejumlah RM240,000 pada 2015 untuk urusan pengendalian laman web berita Malaysian Digest.

Onn Hafiz berkata, wang berkenaan telah diberikan melalui sebuah cek kepada syarikat beliau iaitu Vital Spire Sdn Bhd, yang juga merupakan pengendali laman web berkenaan.

Terdahulu, persoalan mengenai siapa calon Menteri Besar Johor terus menjadi tanda tanya setelah Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tergesa-gesa meninggalkan Bangunan UMNO.

Beliau sebelum itu menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada pukul 2.50 petang dan kembali ke Bangunan UMNO setelah hampir satu jam menghadap baginda.

Tidak lama kemudian, Zahid dan Timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Hasni meninggalkan Bangunan UMNO kira-kira pukul 4.30 petang.

Ketiga-tiga mereka dengan wajah yang serius tidak memberikan sebarang kenyataan kepada pengamal media yang berkumpul di situ sebelum menaiki kenderaan berasingan meninggalkan kawasan tersebut.

Berita berkaitan
Perbicaraan 1MDB: Saksi beritahu perbincangan atas kapal tiada wakil pegawai kerajaan
January 5, 2024· Isu semasa
Rahman Dahlan nafi UMNO Sabah sudah muktamadkan kerjasama dengan Warisan
December 15, 2023· Politik
Hilman kekal ADUN Gombak Setia, mahu ambil tindakan undang-undang
December 11, 2023· Politik
Najib mohon DNAA bagi tiga lagi pertuduhan membabitkan kes dana SRC
December 1, 2023· Politik
Popular
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024
Zahid tiada ciri ketua kerajaan untuk jadi Perdana Menteri
April 13, 2021
Ketua Bahagian Tanjung Piai sahkan ikut PM ke UNGA di Amerika, Mat Maslan nafi
September 13, 2022
PRU-15: Perutusan Khas Muhyiddin
November 18, 2022
Lagi Politik terkini
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024 · Politik
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024 · Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024 · Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok