Bakal KM Melaka tak goyang bertemu calon KM wanita pertama pilihan PN

November 18, 2021 · Politik

Bakal Ketua Menteri (KM) Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menyifatkan pencalonan lawannya Datuk Mas Ermieyati Samsudin sebagai KM jika Perikatan Nasional (PN) menang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabtu ini, sebagai ‘gula-gula’ sahaja.

Sambil menyatakan beliau tidak terkesan dengan pengumuman itu, Ab Rauf yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri berpandangan dirinya tidak akan lemah, sebaliknya yakin akan mencapai kemenangan.

Malah, baginya pengundi Tanjung Bidara tidak akan beralih menyokong Ahli Parlimen Masjid Tanah itu dalam PRN Sabtu ini.

Menurut kenyataan yang diberikan kepada FMT hari ini, Rauf yang juga calon Barisan Nasional (BN) bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N02 Tanjung Bidara, pencalonan Mas Ermieyati hanya untuk mengumpan pengundi.

Pengumuman itu sekadar ‘gula-gula’ untuk mengumpan pengundi menyokong PN serta sebahagian daripada taktik yang tidak memberikan kesan, katanya.

“Mereka boleh umum apa sahaja, namun pengundi Tanjung Bidara mengetahui siapa pemimpin mereka. Keseluruhan (penduduk) Masjid Tanah melihat selepas beliau menang (bertanding tiket BN), tetapi meninggalkan parti (UMNO).

“Saya tidak fikir penduduk Tanjung Bidara ingin melakukan kesilapan sama sekali lagi,” katanya.

PRN Melaka terpaksa diadakan apabila dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO, diketuai bekas KM, Datuk Seri Idris Haron bersama dua lagi ADUN Bersatu dan Bebas, menarik sokongan terhadap Sulaiman sehingga kerajaan negeri tumbang pada 4 Oktober lalu.

Pada 5 Oktober lalu, Idris mendedahkan terdapat pemimpin UMNO di negeri itu membolot projek ekonomi dan menipu Kerajaan Persekutuan berkaitan royalti pasir.

Idris berkata disebabkan perkara itu beliau terpaksa menarik sokongan terhadap Kerajaan Negeri Melaka untuk menyelamatkan UMNO daripada ditolak oleh rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Kalau UMNO terus mempunyai pemimpin-pemimpin seperti yang ada pada hari ini, rakusnya diibaratkan makan tangan kanan dan kiri, suap ke mulut sambil mata menjeling lagi makanan lain di atas meja, yakni projek-projek ekonomi di negeri Melaka.

“Ribuan meter kubik pasir yang ditambak dari tengah laut dibawa ke sini tapi diisytihar dengan jumlah yang rendah, menipu kerajaan Persekutuan dalam bentuk royalti,” katanya dalam program bual bicara Agenda Awani yang dihoskan oleh Essan Yahya.

Idris juga menuduh Ab Rauf menghalangnya menjadi KM Melaka apabila kerajaan Pakatan Harapan tumbang pada Mac 2020, sedangkan beliau adalah Ketua Pembangkang.

“Mengikut konvensyen, Ketua Pembangkang akan menjadi KM sekiranya berlaku pertukaran kerajaan. Semasa Pakatan Harapan menjadi kerajaan, saya adalah Ketua Pembangkang.

“Jadi, sebagai Ketua Pembangkang, saya sepatutnya menjadi KM (semasa PH tumbang),” kata Idris sambil menjelaskan Rauf telah menghalang pelantikannya sebagai KM.

Untuk rekod, Ab Rauf disebut bakal KM Melaka sebenar jika BN menang PRN itu, walaupun Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan mengumumkan bekas KM, Datuk Seri Sulaiman Md Ali adalah calonnya.

Petang tadi, Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Mas Ermieyati yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) sebagai calon KM sekiranya PN menang PRN itu. Berita berkaitan

Namun, untuk memastikan Melaka menempa sejarah memiliki KM wanita pertama di negara ini, pemilih yang akan membuang undi Sabtu ini perlu memastikan semua calon PN menang.

Berita berkaitan
Dengar cerita warga China sertai MM2H layak dapat PR, dakwa MP Masjid Tanah
December 16, 2023· Politik
Perbahasan Bajet 2024 tergendala selepas kurang Ahli Parlimen dalam dewan
October 19, 2023· Politik
Tepis keyakinan Anwar, Bersatu jangka pengundi PH-BN undi PN
July 7, 2023· Politik
Kerajaan kena ganti Menteri Pelancongan buat kecoh di KLIA, gesa MP Masjid Tanah
July 3, 2023· Isu semasa
Popular
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Tular “istana” Tajuddin yang sedang diubahsuai selepas pemecatan
May 27, 2021
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
Lagi Politik terkini
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
5 jam lalu · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok