Bajet 2023 sia-sia jika Parlimen bubar esok

October 10, 2022 · Politik

Bajet 2023 yang dibentangkan pada Jumaat akan menjadi sia-sia jika Parlimen dibubarkan esok seperti mana yang banyak diperkatakan hari ini.

Bagaimanapun Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, PN akan membentangkan belanjawan lebih baik jika rakyat memilih gabungan itu pada pilihan raya umum akan datang .

“Bukan nak takabbur, tetapi kita yakin kita mampu menawarkan lebih baik untuk rakyat selari dengan prinsip PN mengutamakan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Pelancaran PN Perak, di Dewan Jubli Perak, Kuala Kangsar, Perak, pada ahad.

Mengulas lanjut Presiden Bersatu itu berkata, rakyat perlu memilih PN kerana ia merupakan pilihan terbaik masa ini.

“Pakatan Harapan terkenal kerana tidak menyempurnakan janji kepada pengundi, UMNO dan Barisan Nasonal pula, bukan sahaja sudah terpalit tetapi bergelumang dengan isu rasuah dan salah guna kuasa.

“UMNO dan BN ini seperti sudah ada DNA, jika kita pilih, adat resam dan budaya laman akan balik semula. Rasuah tidak boleh selesai. Salah guna kuasa terus berleluasa,” katanya. – satuberita

Berita berkaitan
Kementerian nafi SKMM digunakan untuk sekat kebebasan media
November 27, 2023· Isu semasa
Sesi perbahasan kecoh selepas Ahli Parlimen pertikai tiada menteri dalam dewan
November 27, 2023· Politik
Atas permintaan akar umbi dan MPT, Muhyiddin akan tawar diri kekal sepenggal lagi
November 25, 2023· Politik
MPT Bersatu tolak keputusan Muhyiddin tak pertahankan jawatan Presiden
November 24, 2023· Politik
Popular
Najib mohon DNAA bagi tiga lagi pertuduhan membabitkan kes dana SRC
December 1, 2023
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
November 30, 2023
Besar pengorbanan Muhyiddin hingga jawatan PM dilepaskan: Tajuddin
September 20, 2021
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
November 29, 2023
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah: Ramasamy sudah bayar Zakir RM1.52 juta
16 jam lalu · Politik
Najib mohon DNAA bagi tiga lagi pertuduhan membabitkan kes dana SRC
16 jam lalu · Politik
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
November 30, 2023 · Politik
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023 · Politik
Wahab sudah sahkan identiti ‘Mr H’ didakwa dalang rakaman tular
November 29, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Mahathir di Grand Finale PRK Kemaman
13 minit lalu
[VIDEO] UMNO sepatutnya tadbir negara bersama PN, bukan dengan DAP
12 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok