Bajet 2023 Perlis RM293.36 juta, tumpu tiga teras utama

December 20, 2022 · Politik

Kerajaan Perikatan Nasional Perlis membentangkan Bajet 2023 dengan memperuntukkan perbelanjaan RM293.36 juta, susut sebanyak RM13.47 juta berbanding bajet tahun lepas.

Menteri Besar Mohd Shukri Ramli berkata daripada jumlah itu sebanyak RM180.41 juta diperuntukkan untuk perbelanjaan mengurus dan RM112.95 juta lagi untuk perbelanjaan pembangunan.

“Perbelanjaan mengurus meningkat 2.17 peratus berbanding tahun 2022, di mana sebanyak RM61.05 juta disediakan untuk bayaran emolumen kepada kakitangan awam dan RM74 juta disediakan bagi menampung perbelanjaan perkhidmatan dan bekalan.

“Manakala RM38.39 juta disediakan di bawah pemberian dan kenaan bayaran tetap dan sebanyak RM6.97 juta pula disediakan untuk tujuan aset serta lain-lain perbelanjaan,” katanya ketika membentangkan Bajet 2023 pada Persidangan Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis Ke-15 di Kompleks DUN Perlis di Kangar, hari ini (20 Disember 2022).

Katanya, Bajet 2023 menganggarkan hasil sebanyak RM112.23 juta yang diperoleh daripada hasil cukai sebanyak RM21.87 juta, hasil bukan cukai (RM23.46 juta) dan terimaan bukan hasil (RM66.90 juta).

“Berdasarkan anggaran tersebut, kutipan hasil negeri dijangka meningkat sebanyak RM2.99 juta atau 2.74 peratus berbanding tahun 2022.

“Dengan anggaran hasil ini, kerajaan negeri diunjurkan mengalami defisit sebanyak RM68.18 juta pada tahun 2023, iaitu peningkatan sebanyak RM0.84 juta atau 1.25 peratus berbanding RM67.34 juta pada tahun 2022,” katanya memetik laporan Harakah.

Mohd Shukri memberitahu, secara keseluruhan, bajet yang bertemakan ‘Merangka Perubahan, Menjana Kestabilan dan Mendepani Cabaran’ itu merangka pelbagai program untuk kepentingan rakyat keseluruhannya.

Menurutnya Kerajaan Perikatan Nasional Perlis akan memberi penekanan kepada tiga teras utama dalam usaha merealisasikan pelaksanaan Bajet 2023.

Katanya teras pertama merangkumi peningkatan ekonomi melalui pelaburan, teras kedua meningkatkan kualiti hidup rakyat dan teras ketiga pula memberi penekanan mengenai pembangunan negeri yang mapan.

“Di bawah teras pertama, projek berimpak tinggi seperti Pelabuhan Darat Perlis (Perlis Inland Port), Jeti Bersepadu Sanglang (Sanglang Integrated Jetty) dan Terminal Pengangkutan Awam Bersepadu Negeri Perlis (Kangar Sentral) akan terus diperkukuhkan,” katanya.

pembangunan prasarana di Kawasan Perindustrian Lembah Chuping (CVIA) Fasa satu telah hampir siap sepenuhnya dan bersedia menerima pelabur.

“Sehingga kini, CVIA yang melibatkan pembangunan tanah seluas 440 ekar dengan kos pembangunan sebanyak RM 200.98 juta telah menerima pelaburan awal daripada Syarikat Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB).

“Perjanjian pembangunan kilang pengeluaran telah pun ditandatangani dan proses pembinaan kilang dijangka akan bermula pada tahun hadapan,” ujarnya.

Menurut Mohd Shukri lagi, bagi pembangunan CVIA fasa kedua pula, ia melibatkan pembangunan tanah seluas 2,042 ekar.

“Sejumlah RM76.4 juta telah dimohon di bawah Rolling Plan Ketiga, Rancangan Malaysia Kedua Belas (RP3, RMKe-12) untuk tujuan pembangunan infrastruktur berkenaan daripada Kerajaan Persekutuan dan masih menunggu kelulusan.

“Kita juga akan terus menjalin kerjasama erat bersama Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) untuk memastikan perancangan dan pembangunan CVIA ini terus berjalan lancar dan mencapai matlamat penubuhannya,” katanya.

Justeru, ujarnya lagi, sebagai penggerak awal kawasan tersebut, penubuhan dan pengopersian Delivery Management Office (DMO) telah dipersetujui oleh kerajaan negeri bagi memastikan pengurusan dan pelaburan di Kawasan CVIA tersebut berjalan lancar.

Popular
Kes Covid-19 tinggi tapi blok pembangkang masih desak buka Parlimen
May 27, 2021
Anak Bung Moktar dilantik bendahari Pemuda UMNO
March 24, 2023
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024
Kabinet minta PM tumpu kepada persiapan banjir, bukan PRU-15: Azmin
October 2, 2022
Lagi Politik terkini
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024 · Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok