Bajet 2023: Anwar dakwa pembangkang tak diajak berunding, petanda PRU-15 awal

August 27, 2022 · Politik

Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menolak pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) akan diadakan pada tahun ini selepas pembentangan Bajet 2023 diawalkan berbanding sebelum ini.

Ketua Pembangkang itu mendakwa Pakatan Harapan (PH) yang sebelum ini menyokong Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob menerusi memorandum persefahaman (MoU) tidak diajak berunding dalam penyediaan Bajet 2023 kali ini.

“Umumnya dalam praktik kita dalam satu dua tahun ini, ada perundingan dengan Pakatan Harapan (PH) berdasarkan memorandum persefahaman, umpamanya aspek percukaian, perbelanjaan, ketelusan, pertanggungjawaban dalam beberapa isu pokok yang mahu dibentangkan.

“Ini (rundingan) belum bermula, bermakna mereka terburu-buru melaksanakan (pembentangan belanjawan). Maka adalah diandaikan ini dilakukan supaya memberikan sekali lagi ruang untuk Perdana Menteri menentukan tarikh pilihan raya,” katanya dalam satu kenyataan videonya.

Anwar juga mendakwa kerajaan dipimpin Ismail Sabri terpaksa tunduk kepada kumpulan dalam partinya yang berdepan pertuduhan di mahkamah.

“Malangnya satu pentadbiran yang lemah seperti yang ada sekarang di bawah telunjuk bererapa tokoh yang takut hadapi pendakwaan di mahkamah, tidak mungkin membantu menyelesaikan masalah rakyat terutama kos sara hidup yang meningkat.

“Jadi kita harap rakyat akan diberi pencerahan bersama untuk bangkit bertindak menuntut perubahan dan pembaharuan yang menyeluruh,” katanya.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengesahkan Bajet 2023 akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada 7 Okt ini, iaitu tiga minggu lebih awal dari tarikh yang dimaklumkan sebelum ini.

Wan Junaidi bagaimanapun menafikan sebarang kaitan antara pertukaran tarikh itu dengan PRU-15 yang bakal diadakan tahun ini.

Sidang Parlimen seterusnya pada mulanya dijadualkan diadakan antara 28 Okt hingga 15 Dis dengan Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz akan membentangkan Bajet 2023 pada 28 Okt.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kemudian, Wan Junaidi berkata kabinet mencadangkan tarikh itu ditukar 23 hari lebih awal berbanding sebelum ini, iaitu dari 3 Okt hingga 29 Nov (32 hari).

Minggu lalu, Wan Junaidi menyatakan PRU-15 mungkin diadakan hanya selepas pembentangan bajet.

“Apabila bajet diluluskan dan rakyat merasakan manfaatnya, maka ia adalah masa yang sesuai untuk membubarkan Parlimen,” katanya.

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Popular
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Kes Covid-19 tinggi tapi blok pembangkang masih desak buka Parlimen
May 27, 2021
Anak Bung Moktar dilantik bendahari Pemuda UMNO
March 24, 2023
Lagi Politik terkini
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024 · Politik
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok