Baik Zahid minta PM kerap buat mesyuarat ekonomi daripada PRU, kata pembantu Muhyiddin

September 30, 2022 · Politik

Seorang pembantu Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta supaya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meminta Naib Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri mengadakan mesyuarat ekonomi lebih kerap daripada berterusan mendesak supaya pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) diadakan.

Mantan Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri (KSUS) kelapan, Datuk Marzuki Mohamad berkata semasa pentadbiran Muhyiddin sebelum ini, setiap minggu akan diadakan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi bagi membincangkan langkah menguruskan hal ehwal kewangan negara tetapi sebaliknya berlaku apabila UMNO kembali berkuasa.

“Selain MPN (Majlis Pemulihan Negara), ada satu lagi mekanisme pengurusan ekonomi negara yang penting iaitu Majlis Tindakan Ekonomi yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri sendiri. Majlis ini dianggotai oleh Menteri-Menteri berkaitan ekonomi dan pakar-pakar ekonomi.

“Di sinilah keputusan-keputusan penting mengenai ekonomi negara dibuat. Keputusan-keputusan ini kemudiannya dibawa ke kabinet untuk pengesahan.

“Semasa Tan Sri Muhyiddin menjadi Perdana Menteri, Majlis Tindakan Ekonomi bersidang setiap minggu pada hari Isnin. Keputusannya dibawa ke kabinet pada hari Rabu. Jadi Menteri-Menteri boleh ambil tindakan susulan yang segera di kementerian masing-masing selepas ia menjadi keputusan kabinet,” katanya dalam satu hantaran Facebook.

Ujar Marzuki, melihat keadaan ekonomi negara yang semakin meruncing sewajarnya mesyuarat tersebut perlu kerap diadakan tetapi malangnya beliau diberitahu sudah lama ia tidak diadakan semasa pentadbiran Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Dalam keadaan negara sedang berhadapan dengan masalah ekonomi yang kian meruncing, Majlis Tindakan Ekonomi sepatutnya bersidang dengan lebih kerap untuk membuat keputusan-keputusan segera mengenai ekonomi.

“Tetapi saya dengar Majlis Tindakan Ekonomi telah agak lama tidak bersidang,” katanya lagi.

Marzuki berkata Presiden UMNO itu sepatutnya menasihati Ismail Sabri supaya segera mengadakan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi bukan sebaliknya memberi tekanan supaya PRU-15 diadakan segera.

“Sepatutnya, Presiden UMNO gesa Perdana Menteri supaya segera adakan Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi, bukan gesa segera diadakan pilihanraya,” katanya lagi.

Beliau juga mempersoalkan apakah Majlis Tindakan Ekonomi yang dipengerusikan oleh Ismail Sabri buat sepanjang tempoh menjadi kerajaan apabila kadar inflasi meningkat dan harga barang semakin membebankan rakyat.

“Kadar inflasi pada bulan Ogos 2022 telah meningkat ke 4.7 peratus dan inflasi makanan 7.2 peratus berbanding 4.4 peratus dan 6.9 peratus masing-masing pada bulan Julai. Harga barang naik dan naik lagi. Kadar OPR (Kadar Dasar Semalaman) juga dijangka akan dinaikkan lagi.

“Jadi apa Majis Tindakan Ekonomi buat untuk atasi masalah ini?

“Selain Majlis Tindakan Ekonomi, ada juga Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi yang diketuai oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia? Apa sudah jadi dengan pasukan ini? Lama sudah tidak dengar khabar berita,” ujarnya lagi.

Berita berkaitan
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Popular
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024
Dulu kata Dr M mahazalim, sekarang siapa mahazalim, mahafiraun?
March 13, 2023
PRU-15: Perutusan Khas Muhyiddin
November 18, 2022
Lagi Politik terkini
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024 · Politik
NGO bidas kerajaan perkenal kod etika, dakwa cuba sekat media
February 21, 2024 · Politik
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024 · Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok