Baharu saja sertai semula parti, Zaid mula pesan UMNO jangan dogmatik

September 17, 2022 · Politik

Datuk Zaid Ibrahim yang baru-baru ini kembali ke pangkuan UMNO selepas beberapa siri ‘melompat’, mahu parti itu terbuka untuk membincangkan isu, termasuk yang dianggap sensitif.

“Kita tidak boleh begitu dogmatik. Kita tidak boleh mengatakan bahawa kita tidak sepatutnya bercakap mengenai isu tertentu. Kita harus bercakap tentang segala-galanya dan itu adalah falsafah saya.

“Masalah negara ini ialah ia menjadi begitu dogmatik dan terpakai bukan sahaja kepada UMNO tetapi semua pihak,” katanya menurut NST. Dogmatik adalah berkeras mem­per­juangkan pandangan peribadi tanpa meng­hiraukan bukti yang ada dan mem­per­timbangkan pandangan lain yang mungkin benar

Pada Jumaat, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu menyertai semula UMNO selepas menyerahkan permohonan keahliannya ketika majlis Taklimat Khas Presiden yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur pada 27 Ogos.

Zaid berkata langkah terbarunya untuk menyertai semula UMNO adalah untuk terus menyumbang ideanya kepada politik tanah air.

“Saya tidak mempunyai platform dan UMNO mengalu-alukan saya kembali. Jadi, saya terima tawaran itu.”

Zaid berkata pada masa ini, bukan sahaja UMNO malah semua parti politik di negara ini tidak menawarkan penyelesaian sebenar dalam pembinaan negara.

“Mereka banyak bercakap tentang menyerang antara satu sama lain dan tidak banyak tentang apa yang perlu kita lakukan untuk membina negara ini dan bagaimana untuk melaksanakan dasar dengan cara yang lebih bermakna.

“Saya fikir saya boleh membantu untuk membawa perubahan minda ini, melalui ceramah dan dialog merentas parti dan menjadikan politik lebih bermakna kepada rakyat.

“Rakyat sudah bosan dengan semua perbalahan (dalam kalangan parti politik). Proses pembinaan muafakat negara mesti dibina semula,” katanya.

Ditanya sama ada beliau akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) Zaid berkata: “Bukan mudah untuk menjawab soalan itu.

“Namun, saya bersedia sekiranya ditawarkan kerusi untuk bertanding.

“Tetapi, saya juga perlu melihat beberapa perkara, sama ada saya boleh menang jika saya bertanding dan jika saya mempunyai sumber dan antara lainnya ialah kesihatan saya. Bagaimanapun, saya adalah pesaing yang baik,” katanya.

Mengenai label sebagai katak politik, Zaid berkata beliau tidak melompat ke parti lain untuk berebut jawatan.

“Saya bukan katak. Saya tidak pernah melompat (ke parti lain) untuk sesuatu jawatan. Saya memang melepaskan jawatan saya tetapi saya tidak pernah melompat untuk sesuatu jawatan.

“Saya berbeza. Saya mencari platform berbeza untuk melihat apa yang boleh dilaksanakan. (Dan) saya sedar sekarang ia perlu menjadi parti berasaskan Melayu yang cukup sederhana, cukup boleh dilaksanakan untuk membina konsensus itu.

“Kepada mereka yang tidak suka UMNO, atau membenci parti atas sebab tertentu, saya bertanya soalan mudah kepada mereka – apakah alternatifnya?

“Saya tidak nampak mana-mana parti yang berdaya maju. Jadi, jika anda mahu maju, anda perlu duduk bersama UMNO,” katanya

Untuk rekod, Zaid sebelum ini menyertai UMNO pada 2000, sehingga digantung keahlian pada 2 Disember 2008. Dalam UMNO, beliau menjadi Ahli Parlimen Kota Bharu mulai 2004 hingga 2008.

Selepas keluar dari UMNO, beliau menganggotai Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 2009 dan bertanding jawatan Naib Presiden pada tahun berikutnya, tetapi keluar daripada parti itu pada November 2010.

Pada Disember 2010, Zaid menyertai Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA – dahulunya dikenali sebagai Angkatan Keadilan Insan Malaysia) dan dilantik sebagai presiden parti.

Dia kemudian keluar KITA pada 2012, sebelum menyertai DAP pada 2017, tetapi keluar pula daripada parti itu pada 20 April 2020.

Berita berkaitan
Ahli UMNO di Pelangai keluar parti sertai PAS, dakwa disisih
11 jam lalu· Politik
UMNO sekat pertandingan jawatan Presiden, pecat calon mahu cabar Zahid: Afnan
18 jam lalu· Politik
UMNO tanding PRK Kemaman jika diadakan, kata Zahid yakin rakyat sokong
19 jam lalu· Politik
Bukan Rafizi saja salah tapi PMX juga gagal memimpin negara, kata Tun Faisal kepada Puad
September 29, 2023· Politik
Popular
Ahli UMNO di Pelangai keluar parti sertai PAS, dakwa disisih
October 1, 2023
Hang tu PM untuk rakyat Malaysia bukan PKR, Afnan gesa Anwar berhenti berdendam
October 1, 2023
UMNO tanding PRK Kemaman jika diadakan, kata Zahid yakin rakyat sokong
September 30, 2023
UMNO sekat pertandingan jawatan Presiden, pecat calon mahu cabar Zahid: Afnan
September 30, 2023
Lagi Politik terkini
Hang tu PM untuk rakyat Malaysia bukan PKR, Afnan gesa Anwar berhenti berdendam
11 jam lalu · Politik
Puad sindir Rafizi gagal tawar formula luar biasa
September 29, 2023 · Politik
Penyandang jawatan ’Top 5’ kekal, tiada pertandingan pada Muktamar PAS: Takiyuddin
September 29, 2023 · Politik
MP DAP sudah diambil keterangan berhubung video tafsir al-Quran: Ayob Khan
September 29, 2023 · Politik
Zahid umum peruntukan semasa PRN tidak pula dianggap rasuah? soal Ahmad Fadhli
September 29, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
22 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok