Baharu Rafizi umum nak aktif berpolitik, rakan satu parti sudah kecam

February 17, 2022 · Politik

Hasrat Rafizi Ramli untuk kembali aktif berpolitik nampaknya tidak disenangi rakan satu parti dengan bekas pemimpin berpengaruh dalam PKR tersebut.

Bekas Ahli Parlimen Pandan itu baharu sahaja menyatakan hasrat dan tidak menolak untuk menimbang aktif berpolitik bagi membawa angin perubahan, bagaimanapun seorang Ahli Parlimen PKR mengecam dan menyindir Rafizi dalam media sosial secara terbuka.

Ahli Parlimen Kangar (PKR), Noor Amin Ahmad berbalas komen dengan bekas Naib Presiden PKR dan hangat ‘ungkit-mengungkit’ antara satu sama lain.

Pada mulanya, Noor Amin memberitahu, Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail merupakan pemimpin paling layak untuk bertanding sebagai Timbalan Presiden di dalam usaha memperkukuhkan parti bagi mendepani Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Kawan-kawan ahli Parlimen ada yang pancing pandangan politik saya. Untuk tiga empat tahun ke hadapan, berdepan situasi masuk PRU-15, Saifuddin Nasution adalah sosok pertengahan yang sesuai untuk imbang pelbagai kelompok.

“Saya tahu dia keberatan tanding Timbalan Presiden. Tapi itu pandangan saya,” ciap beliau di Twitter.

Bagaimanapun, Rafizi pula membalasnya dengan nada yang dilihat umum kurang senang dengan Noor Amin dan menyindirnya dengan sindiran keras.

Menganggap kenyataan Amin seperti “mengungkit” perkara lama, Rafizi membalasnya dengan berkata Noor Amin juga jarang ada di Kangar sebelum menang di kerusi Parlimen itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

“Sama macam saudara jarang sangat ada di Kangar sebelum 2018 tetapi saya jemput dan kempen juga sampai menang kerusi Kangar walaupun orang Kangar pun tak kenal. Tak pula saya ungkit macam ini. Pandangan saja. Kempen di Twitter ini mudah,” balas Rafizi.

Perbualan hangat itu kemudian berakhir apabila Noor Amin berkata, beliau tidak mengungkit tetapi sekadar saranan.

Pada 2019, Rafizi mengumumkan tidak akan kembali ke arena politik kerana mahu memberi tumpuan kepada usaha mendalami ilmu pengetahuan berkaitan teknologi terkini.

Bekas Ahli Parlimen Pandan itu berkata, sudah sampai masanya mempelajari kehidupan baharu kerana proses pembelajaran itu akan menjadikan dirinya seorang insan lebih baik.

Nama Rafizi terkenal selepas mendedahkan data bank berkaitan National Feedlot Corporation (NFC) dan dihukum penjara 30 bulan tetapi dibebaskan kemudiaannya selepas kemenangan Pakatan Harapan semasa PRU-14 lalu.

Untuk rekod, Rafizi sebelum ini mengumumkan persaraan daripada politik dan menumpukan kepada perniagaannya, namun selepas wujud perpecahan dalam PKR ditambah dengan kehadiran seteru baharu seperti orang kanan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak menyebabkan terdapat desakan daripada penyokongnya untuk kembali aktif berpolitik semula.

Berita berkaitan
Melayu mudah lupa sokong PH, Hadi gesa jangan sokong pembohong
8 jam lalu· Politik
Kritik Rafizi, PKR persoal tahap pemikiran Puad yang mahukan populariti saja
15 jam lalu· Politik
Saman RM150 juta Dr Mahathir, sampai masanya PMX dedah bukti enam kotak?
15 jam lalu· Politik
Ayuh penyokong kerajaan Madani pertahankan Rafizi diserang UMNO, sindir Fadhli
16 jam lalu· Politik
Popular
Dr M sedia bekerjasama dengan Muhyiddin tapi tidak dengan Anwar
June 1, 2023
Hassan kecewa ketua pembangkang Kemboja diusir kerajaan
June 1, 2023
Saman RM150 juta Dr Mahathir, sampai masanya PMX dedah bukti enam kotak?
June 1, 2023
Bersatu akan bertanding lawan kerusi UMNO pada PRN Kelantan: Mohd Amar
June 1, 2023
Lagi Politik terkini
Bersatu akan bertanding lawan kerusi UMNO pada PRN Kelantan: Mohd Amar
8 jam lalu · Politik
Gelombang PN tak padam, dijangka kekal dalam PRN: Tuan Ibrahim
10 jam lalu · Politik
Lompat parti empat Ahli Parlimen Sabah, AGC akan bantah permohonan Bersatu
10 jam lalu · Politik
Hassan kecewa ketua pembangkang Kemboja diusir kerajaan
13 jam lalu · Politik
Dr M sedia bekerjasama dengan Muhyiddin tapi tidak dengan Anwar
16 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan Nasional tak serang peribadi saya macam PH-UMNO
6 jam lalu
[VIDEO] Khairy akan bertemu Muhyiddin dalam masa terdekat
7 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok