Baharu enam tahun tapi Bersatu beri sumbangan besar kepada rakyat

September 8, 2022 · Politik

Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin dengan usaha, doa, dukungan rakyat dan izin Allah, parti itu menerusi gabungan Perikatan Nasional (PN) akan kembali merajui kerajaan.

Bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi PN itu berkata walaupun baharu berusia enam tahun, Bersatu telah memberikan sumbangan yang besar dalam pentadbiran negara dan kesejahteraan rakyat.

“Kita telah berjuang melawan kleptokrasi, mewujudkan pemerintahan yang berintegriti dan bebas rasuah serta melaksanakan pelbagai program prihatin rakyat yang menunjukkan Bersatu berada di landasan perjuangan yang selari dengan matlamat penubuhan parti,” katanya dalam perutusan sempena ulang tahun keenam Bersatu, hari ini.

“Kekuatan Bersatu semestinya terletak di tangan ahli-ahlinya. Sekiranya ahli-ahli parti terus istiqamah dalam menghayati semangat perjuangan parti dan terus mendukung matlamat dan perjuangan parti sepertimana yang termaktub dalam perlembagaannya, maka Bersatu akan terus melangkah gagah dalam menjulang obor perjuangan parti.”

Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh berkata ini termasuk mewujudkan sebuah pentadbiran kerajaan yang bebas rasuah, melaksanakan tadbir urus yang berintegriti, menegakkan sistem demokrasi berparlimen, memperjuangkan keadilan sosial dan menghormati doktrin pengasingan kuasa termasuk kebebasan badan kehakiman.

Selain itu katanya, usaha juga dilakukan untuk terus menegakkan Islam sebagai agama Persekutuan, menghormati hak semua individu untuk mengamalkan agama masing-masing, mempertahankan kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak serta hak-hak yang sah bagi semua kaum.

“Memelihara hak-hak asasi rakyat, memupuk perpaduan dan keharmonian rakyat, mengamalkan prinsip-prinsip Rukunegara dan mendokong Perlembagaan Persekutuan, juga menjadi matlamat perjuangan Bersatu,” katanya malam ini.

Muhyiddin berkata semua itu adalah prinsip-prinsip penting perjuangan parti yang terkandung dalam Perlembagaan Bersatu.

“Prinsip-prinsip ini mestilah diamalkan dan diperjuangkan oleh setiap ahli Bersatu. Ahli-ahli Bersatu mesti dikenali dengan prinsip-prinsip ini yang membezakan mereka dengan yang lain.

“Ahli-ahli Bersatu juga mestilah sentiasa bersatu padu dan menjadi contoh teladan yang baik dalam membentuk suatu budaya politik yang murni supaya parti kita dihormati oleh semua. Ini penting supaya parti kita terus kekal bersatu, beramanah dan bermaruah selaras dengan cogan kata parti.

“Sepertimana yang kita semua maklum, pilihan raya umum boleh diadakan pada bila-bila masa. Justeru, saya menyeru kepada seluruh ahli parti, terutamanya jentera parti di semua peringkat, supaya sentiasa bersiap-siaga untuk menghadapi pilihan raya,” katanya.

Berita berkaitan
Atas permintaan akar umbi dan MPT, Muhyiddin akan tawar diri kekal sepenggal lagi
November 25, 2023· Politik
MPT Bersatu tolak keputusan Muhyiddin tak pertahankan jawatan Presiden
November 24, 2023· Politik
Saya maklumkan awal bagi memastikan proses peralihan berjalan baik: Muhyiddin
November 24, 2023· Politik
Orang Melayu sudah hilang kuasa, UMNO hanya menumpang dalam kerajaan
November 24, 2023· Politik
Popular
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
November 29, 2023
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023
Sesi perbahasan kecoh selepas Ahli Parlimen pertikai tiada menteri dalam dewan
November 27, 2023
Lagi Politik terkini
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
14 jam lalu · Politik
Wahab sudah sahkan identiti ‘Mr H’ didakwa dalang rakaman tular
14 jam lalu · Politik
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
23 jam lalu · Politik
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
23 jam lalu · Politik
Sesi perbahasan kecoh selepas Ahli Parlimen pertikai tiada menteri dalam dewan
November 27, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Agihan saksama kepada sekolah cina walaupun tak dihargai
6 jam lalu
[VIDEO] Sanusi konsisten salur peruntukan pembangkang Kedah sejak 2020
7 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok