Bahagian, sayap UMNO dipanggil jumpa PM, Zahid Selasa: Laporan

October 1, 2022 · Politik

UMNO dijadual mengadakan mesyuarat khas dengan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan presiden parti Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Pusat Dagangan Dunia pada Selasa depan (4 Oktober 2022), dipercayai ada kaitan dengan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang.

Menurut MalayMail yang melihat surat ditandatangani Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan bertarikh semalam (30 September 2022), pemimpin yang dijemput adalah semua ketua bahagian dan pemimpin sayap parti itu.

Laporan itu menyatakan dalam surat berkenaan, Ahmad berkata mesyuarat khas itu akan dihadiri presiden part dan Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO.

“Mesyuarat khas itu akan berlangsung di Dewan Tun Hussein Onn di Aras 2 Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur pada jam 2 petang Selasa.

“Berdasarkan itu, semua ketua bahagian, Ketua Wanita, Pemuda dan Puteri bahagian dijemput hadir ke majlis di atas,” kata Ahmad.

Surat itu dipercayai dikeluarkan susulan kenyataannya malam tadi selepas mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO.

UMNO sebelum ini telah mendesak pembubaran Parlimen sebelum tempohnya tamat Julai tahun depan untuk membolehkan PRU-15 diadakan tahun ini.

Dalam surat itu, Ahmad juga mengulangi bahawa Ismail Sabri akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, tetapi tanpa menyebut bila.

Pengkritik telah mengecam UMNO kerana enggan berganjak daripada mengadakan pilihan raya tahun ini walaupun keadaan ekonomi semasa belum pulih dan ramalan banjir yang boleh berlaku pada akhir tahun.

Ismail Sabri tetap menutup rapat bila beliau akan menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi memohon pembubaran Parlimen, serta tarikh cadangan PRU-15.

Perdana menteri memberitahu pemberita yang bertanya mengenai PRU hari ini bahawa mereka perlu menunggu pengumuman rasmi.

Ahmad memaklumkan mesyuarat MT UMNO malam tadi bersetuju PRU-15 diadakan tahun ini juga.

Sehubungan itu, Ismail Sabri akan mempersembahkan cadangan tarikh pembubaran Parlimen kepada Yang di-Pertuan Agong selaras dengan Perkara 40(1) Perlembagaan Persekutuan.

Berita berkaitan
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023· Politik
Kementerian nafi SKMM digunakan untuk sekat kebebasan media
November 27, 2023· Isu semasa
Sesi perbahasan kecoh selepas Ahli Parlimen pertikai tiada menteri dalam dewan
November 27, 2023· Politik
PAS bidas kenyataan biadab MP PKR dalam isu poligami, dakwa sentuh 3R
November 27, 2023· Politik
Popular
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
November 29, 2023
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023
Wahab sudah sahkan identiti ‘Mr H’ didakwa dalang rakaman tular
November 29, 2023
Lagi Politik terkini
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
23 jam lalu · Politik
Wahab sudah sahkan identiti ‘Mr H’ didakwa dalang rakaman tular
23 jam lalu · Politik
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
November 29, 2023 · Politik
Imbuhan penjawat awam negeri diumum selepas PRK Kemaman: Ahmad Samsuri
November 27, 2023 · Politik
Wahab dalam kemurungan belum boleh keterangan, kata peguam
November 27, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Agihan saksama kepada sekolah cina walaupun tak dihargai
15 jam lalu
[VIDEO] Sanusi konsisten salur peruntukan pembangkang Kedah sejak 2020
16 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok