Bagi UMNO, penyelesaian harga barang naik adalah dengan buat PRU

July 5, 2022 · Politik

Rakyat ketika ini sedang bergelut dengan kenaikan kos sara hidup, bagaimanapun bagi UMNO satu-satunya cara untuk menyelesaikan masalah tersebut adalah dengan mengadakan pilihan raya umum (PRU).

Kerajaan sedia ada kini adalah datang daripada Perdana Menteri parti UMNO sendiri, namun bagi pemimpin atasan parti mereka merasakan formula terbaik untuk menurunkan harga barang adalah dengan mencari jalan untuk menurunkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan menggesa supaya Parlimen dibubar.

Tidak pasti sama ada harga barang akan dapat turun sekalipun UMNO memenangi PRU dengan majoriti yang besar, walhal ketika ini UMNO yang sedang memerintah negara selepas dua kali menjadi punca krisis politik.

UMNO yang mencetuskan krisis politik dan kini yang dipersalahkan pihak lain pula, sama juga keadaan ketika ini dimana UMNO yang jadi kerajaan tetapi UMNO juga mahu menjatuhkan kerajaan sendiri.

Senario sama berlaku di Melaka dan Johor, kini formula sama mahu digunakan di peringkat pusat pula dengan alasan untuk menurunkan harga barang dan mahu kestabilan kepada negara.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memberi alasan dan hujahnya berhubung desakan partinya agar PRU-15 disegerakan, ia kononnya disebabkan kenaikan harga barang.

“Semua yang tunggu hendak melabur cuma nak tahu kerajaan sekarang boleh kekal atau tidak. Kerajaan yang ada ini dibentuk menerusi kerjasama secara paksa yang apabila pilihan raya berlaku tiada siapa tahu kerajaan mana yang dipilih.

“Lagi lama tidak dibuat PRU lagi lama kita tunggu, pelabur akan beralih ke negara lain. Di Pasir Gudang, Johor, pelabur-pelabur di situ tidak mahu besarkan operasi mereka kerana masih menunggu PRU.

“Lagi pun kita tahu kerajaan yang akan muncul nanti (selepas PRU) bukannya kerajaan sekarang yang akan berlawan sesama mereka membentuk pakatan masing-masing,” katanya dipetik laporan Utusan hari ini.

Khaled turut mengandaikan sesetengah menteri tidak bersungguh-sungguh dalam kerja mereka kerana ‘jika sesuatu masalah berjaya diatasi, ia akan menguntungkan musuh mereka’.

“Antaranya berkisar pertanian dan perdagangan dalam negeri yang kalau dibuat (diuruskan) betul-betul, yang untungnya Perdana Menteri dari Barisan Nasional, sedangkan mereka akan lawan BN (dalam PRU-15).

“Dan apakan daya Perdana Menteri jika menterinya tidak mencapai matlamat dan daya saing ‘sebab kaki dan tangan Perdana Menteri terikat’, usik dan ubah, semua jawatan hilang.

Kata beliau lagi: “Soalnya, kita perlu Kabinet yang sangat kuat dan kompeten hari ini. Kuat itu bukan berlawan sesama sendiri tetapi kompeten dan stabil. Kuat dari segi kekuatan berfikir, bekerja keras dan ikhlas yang hanya dapat dibentuk menerusi PRU-15.

“Tetapi bukanlah seperti Kabinet yang ada ini…`kahwin paksa’,” ujar beliau.

PRU-15 mesti diadakan selewat-lewatnya pada pertengahan September 2023, iaitu dalam tempoh 60 hari selepas penggal Parlimen kini terbubar secara automatik pada 16 Julai 2023.

Sebelum ini, ramai pemimpin politik terutama dalam kalangan parti UMNO menggesa agar PRU-15 dapat diadakan dengan segera.

Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan beberapa pemimpin Kluster Mahkamah lain yang sedang berdepan perbicaraan berterusan memberi tekanan kepada Ismail Sabri agar mempercepatkan PRU-15 segera.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
24 jam lalu· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024
Lagi Politik terkini
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok