Bagi UMNO, pendedahan skandal LCS dipertikai kerana Pengerusi PAC dari DAP

August 12, 2022 · Politik

Skandal isu kapal tempur pesisir (LCS) yang didedahkan dalam laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengejutkan rakyat, sudah RM6 bilion dibelanjakan tetapi tidak ada satu kapal pun sudah disiapkan.

Beberapa pendedahan penting melibatkan skandal kapal tak siap didedahkan kepada umum, antaranya RM400 juta digunakan untuk membayar hutang syarikat dan bukan digunakan untuk kegunaan pembinaan kapal, lebihan kos projek berjumlah RM1.4 bilion, kerajaan pimpinan UMNO-Barisan Nasional (BN) tidak menghiraukan permintaan Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia berhubung penukaran reka bentuk kapal dan beberapa isu lain yang berbangkit.

Laporan PAC itu dikeluarkan selepas sesi prosiding dijalankan melibatkan pihak yang terlibat dalam pembinaan kapal tersebut.

Untuk rekod, projek itu diluluskan pada 2011 semasa era pentadbiran BN-UMNO, ketika itu Datuk Seri Najib Razak menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pula memegang jawatan Menteri Pertahanan.

Terdapat usaha disebelah blok pembangkang yang cuba mengaitkan dua pemimpin utama UMNO itu dalam skandal LCS tersebut, Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli antara yang paling ke depan dalam menekan Najib berhubung pembinaan kapal tersebut.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dilihat keberatan untuk menerima pendedahan yang dibuat dalam laporan PAC tersebut hanya kerana Pengerusinya, Wong Kah Woh dari parti DAP.

Bagi Ahmad atau dikenali Mat Maslan, laporan PAC hanya akan diterima telus dan benar jika pengerusinya datang daripada UMNO sahaja.

“Pada sayalah, apa yang berlaku ini perlu ditubuhkan RCI barulah kita akan menapat maklumat yang tepat dan tidak dipengaruhi oleh sentimen politik.

“Apabila pengerusi daripada DAP mengumumkan keputusan berkenaan, maka kita tidak akan dapat mengelak daripada sudut pandangan orang bahawa isu ini dipolitikkkan sebab jawatankuasanya semua orang politik.

“Tetapi kalau RCI jawatankuasanya bukan orang politik malah daripada pelbagai latar belakang, jadi saya kira saranan oleh Pemuda UMNO semalam mengenai wajar ditubuhkan RCI perlu diperhalusi dan umumkan segera,” katanya dipetik laporan UMNO Online.

Untuk rekod, cadangan penubuhan RCI datang daripada Bersatu yang mendesak supaya ia dibentuk bagi merungkai kepincangan dalam skandal kapal tak siap itu.

Malah, Bersatu sendiri sudah menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pada Rabu bagi mendesak RCI ditubuhkan untuk merungkai kepincangan dalam pembinaan kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) itu.

Menurutnya Ahmad, skandal kapal tak siap itu dimanipulasikan pembangkang ekoran menyedari pilihan raya umum (PRU) bakal disegerakan tidak lama lagi.

“Sebelum ini dengan kenaikan harga barang… kemudiannya ini dapat dikawal manakala harga ayam pun dah stabil malah dilihat semakin stabil. Ingatkan hari itu ianya adalah bom atom sebelum pilihan raya tetapi ada satu perkara lain iaitu berkaitan kapal LCS ini.

“Jadi pada saya untuk menyelesaikan, saya kira tidak perlu diberikan kepada orang politik…. Macam PAC semua orang politik tidak kiralah daripada parti mana sekali pun. Pengerusinya daripada DAP akan lihat daripada sudut kepentingan politik dan jangan mahu berbohonglah… oleh itu RCI sewajarnya ditubuhkan,” tambahnya lagi.

PAC dalam laporannya baru-baru ini mendedahkan projek LCS diberikan oleh kerajaan kepada syarikat Boustead Naval Shipyard (BNS) secara rundingan terus, dan kerajaan telah membayar sejumlah RM6.083 bilion untuk projek LCS, namun tiada sebuah kapal LCS pun yang disiapkan.

Berita berkaitan
Ahli UMNO di Pelangai keluar parti sertai PAS, dakwa disisih
12 jam lalu· Politik
UMNO sekat pertandingan jawatan Presiden, pecat calon mahu cabar Zahid: Afnan
20 jam lalu· Politik
UMNO tanding PRK Kemaman jika diadakan, kata Zahid yakin rakyat sokong
20 jam lalu· Politik
Bukan Rafizi saja salah tapi PMX juga gagal memimpin negara, kata Tun Faisal kepada Puad
September 29, 2023· Politik
Popular
Ahli UMNO di Pelangai keluar parti sertai PAS, dakwa disisih
October 1, 2023
Hang tu PM untuk rakyat Malaysia bukan PKR, Afnan gesa Anwar berhenti berdendam
October 1, 2023
UMNO tanding PRK Kemaman jika diadakan, kata Zahid yakin rakyat sokong
September 30, 2023
UMNO sekat pertandingan jawatan Presiden, pecat calon mahu cabar Zahid: Afnan
September 30, 2023
Lagi Politik terkini
Buat kali pertama, DUN Terengganu bersidang tanpa pembangkang
10 minit lalu · Politik
Hang tu PM untuk rakyat Malaysia bukan PKR, Afnan gesa Anwar berhenti berdendam
13 jam lalu · Politik
Puad sindir Rafizi gagal tawar formula luar biasa
September 29, 2023 · Politik
Penyandang jawatan ’Top 5’ kekal, tiada pertandingan pada Muktamar PAS: Takiyuddin
September 29, 2023 · Politik
MP DAP sudah diambil keterangan berhubung video tafsir al-Quran: Ayob Khan
September 29, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
23 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok