Bagi Tok Mat, rakyat mudah lupa kecurian duit rakyat 1MDB?

August 1, 2022 · Politik

Kecurian wang dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bukan menjadi isu besar untuk UMNO kembali menang pilihan raya umum ke-15 (PRU-15), malah dianggap sudah dilupakan oleh rakyat.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan semalam berkata isu 1MDB sudah basi, kononnya rakyat sudah lupa dengan pencurian besar-besaran wang negara itu yang kini menyebabkan negara terpaksa menanggung hutang RM32.08 bilion.

Mudah bagi Tok Mat untuk bercakap sedemikian kerana bukan beliau dan UMNO yang membayar hutang tersebut, tetapi yang terpaksa membayarnya adalah rakyat.

Setiap hasil yang dikutip kerajaan daripada rakyat menerusi cukai yang dikenakan akan digunakan untuk membayar hutang 1MDB, bukankah sepatutnya wang sebanyak itu disalurkan untuk membantu rakyat yang susah dan membangunkan negara.

Sikap yang tidak endah dengan amalan mencuri ini nampaknya masih menebal dalam UMNO apabila pemimpin mereka sendiri seakan menyokong aktiviti sedemikian, ia lama-kelamaan dibimbangi akan menjadi barah dalam negara.

Sudahlah bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak dilabel “national embarassment” oleh mahkamah sebelum ini, nampaknya sifat malu dengan perbuatan jenayah sudah tidak lagi tiada erti dikalangan pemimpin politik.

Malu adalah perkara yang dituntut dalam agama Islam, malah sifat malu penting untuk mengelakkan daripada sesuatu bangsa itu hilang maruahnya kerana apabila tiada rasa malu maka hilanglah harga diri satu bangsa tersebut.

Janganlah kemaruk hendak berkuasa sampai hilang rasa malu sehingga benda haram mencuri duit pun menjadi halal, bagaimana sesebuah negara hendak maju apabila pemimpinnya sendiri korup dan merelakan rasuah berlaku di depan mata sendiri.

Sepatutnya Mohamad atau Tok Mat mengambil iktibar dan insaf dengan perbuatan mencuri wang rakyat menerusi 1MDB, bukankah itu menjadi punca utama kejatuhan kerajaan UMNO-Barisan Nasional (BN) semasa Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang lalu.

Janganlah Tok Mat memperlekehkan intelek dan daya berfikir rakyat dengan mengganggap semua perkara boleh dilupakan rakyat, kemenangan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) bukanlah ukuran sebenar kerana peratusan pengundi yang rendah bukan cerminan majoriti rakyat.

Terdahulu, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff, berkata, kerajaan terpaksa membelanjakan puluhan bilion ringgit yang sepatutnya digunakan bagi perbelanjaan pembangunan bagi menanggung kerugian hutang yang berlaku akibat isu 1MDB.

Pembangunan negara khususnya khususnya membabitkan pembinaan infrastruktur keperluan rakyat secara tidak langsung terjejas disebabkan kelemahan dalam tadbir urus syarikat korporat khususnya yang berkaitan dengan kerajaan.

“Jadi cuba bayangkan dengan jumlah tersebut, berapa banyak sekolah dan berapa puluh kilometer (KM) jalan yang kita boleh bina.

“Jadi itu adalah perkara yang rakyat terpaksa kena lepaskan sebab kerajaan kena selesaikan liabiliti seperti ini,” ujarnya sebelum ini.

Untuk rekod, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz memberitahu Dewan Rakyat sebelum ini komitmen hutang 1MDB adalah sebanyak RM32.08 bilion setakat 30 Jun lalu, membabitkan sukuk IMTN terbitan 1MDB berjumlah RM9,888 juta; Bon terbitan 1MDB Global Investment Limited (GIL) berjumlah RM14,094 juta dan Bon terbitan 1MDB Energy (Langat) Limited (1MELL) berjumlah RM8,101 juta.

Ujarnya, jumlah baki itu dibuat dengan andaian kadar tukaran wang asing AS$1 bersamaan dengan RM4.50.

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024· Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024· Politik
Popular
Anak Bung Moktar dilantik bendahari Pemuda UMNO
March 24, 2023
Kes Covid-19 tinggi tapi blok pembangkang masih desak buka Parlimen
May 27, 2021
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024
Lagi Politik terkini
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024 · Politik
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok