Bagi jadi dominan, BN sasar kemenangan 112 kerusi

October 16, 2022 · Politik

Sebanyak 112 kerusi disasarkan Barisan Nasional (BN) bagi memastikan dapat menjadi dominan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) selepas ini.

Sasaran itu diletakkan Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan kerana hanya dengan kemenangan 112 kerusi mereka dapat membentuk sebuah kerajaan yang berkuasa penuh selepas PRU-15.

“Setakat ini kita (BN) belum bercakap soal sasaran kerusi, tapi kita nak menang dan kita mesti mendapatkan atau melepasi 112 kerusi untuk pastikan kita dapat menubuhkan kerajaan pada pilihan raya akan datang.

“Itu sasaran kita. Jadi kita kalau boleh menang banyak lebih baik,” katanya dipetik laporan BH.

Untuk rekod, BN hanya memenangi 79 kerusi Parlimen pada PRU-14, sementara Pakatan Harapan mendapat majoriti mudah 113 kerusi di Dewan Rakyat dan ditambah dengan 8 kerusi yang dimenangi Parti Warisan bagi menjadikan keseluruhan kerusi dimenangi 121.

PRU-14 merupakan satu kekalahan bersejarah bagi gabungan bn yang belum pernah kalah sebelum ini, sejak kemerdekaan Malaysia pada 1957, iaitu 61 tahun yang lalu.

Terdahulu, Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi juga berkata tidak mahu berkongsi kuasa dengan mana-mana gabungan parti politik lain sebaliknya mahu kemenangan yang dominan pada PRU-15 nanti.

Zahid berkata BN akan kembali menjadi kerajaan dominan bagi menutup ruang ‘berkongsi kuasa’ dengan mana-mana gabungan parti politik yang merosakkan negara itu.

“Lawan BN mahu berbincang semula sesama mereka untuk ‘berkongsi kuasa’ selepas PRU-15? Istilah ‘berkongsi kuasa’ mereka agak meragukan kerana pernah terbukti mereka sukar untuk berkongsi.

“Lawan BN bercadang untuk ‘berkongsi kuasa’ semula menjadi sebab penting untuk rakyat menyokong BN. Insya-Allah, BN kembali kerajaan dominan tiada ruang mereka ‘berkongsi kuasa’ untuk merosakkan negara lagi,” katanya semalam.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Selepas berkawan dengan UMNO, PH tidak lagi hormati kebebasan bersuara
3 jam lalu· Politik
Majoriti rakyat tolak kluster mahkamah dalam Kabinet bakal dibentuk Anwar
9 jam lalu· Politik
Calon PN Padang Serai beri keterangan polis selepas penyokong PH koyak
10 jam lalu· Politik
Sedia ke Bukit Aman jika disiasat, kata Hadi
12 jam lalu· Politik
Popular
Dakwaan Agong campur tangan bentuk kerajaan, NGO lapor polis terhadap Zahid
November 29, 2022
Calon PN Padang Serai beri keterangan polis selepas penyokong PH koyak
November 29, 2022
Sedia ke Bukit Aman jika disiasat, kata Hadi
November 29, 2022
3 kali runding UMNO Pahang tolak perpaduan ummah, rela ikut DAP
November 29, 2022
Lagi Politik terkini
MP Baling nafi sebar audio rakaman fitnah Anwar, beri penjelasan
3 jam lalu · Politik
PAS tunjuk bukti sikap DAP terhadap Islam, Melayu. UMNO buat-buat lupa
7 jam lalu · Politik
3 kali runding UMNO Pahang tolak perpaduan ummah, rela ikut DAP
8 jam lalu · Politik
Dakwaan Agong campur tangan bentuk kerajaan, NGO lapor polis terhadap Zahid
14 jam lalu · Politik
Amanah beri laluan kepada UMNO bertanding di Tioman selepas Zahid sokong PH-DAP
14 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin zahir terima kasih, Perikatan tidak akan sertai kerajaan Anwar
November 25, 2022
[VIDEO] Setpol Ismail Sabri dikaitkan rancang jatuhkan Najib
November 25, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok