Azmin MB jika PN menang PRN Selangor?

February 1, 2023 · Politik

Perikatan Nasional (PN) tidak menolak kemungkinan mencalonkan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor sekiranya menang Pilihan Raya Negeri (PRN) yang perlu diadakan sebelum Jun tahun ini.

Timbalan Pengarah Pilihan Raya PN Selangor, Kapten (B) Datuk Dr Zulkafperi Hanafi berkata peluang sentiasa terbuka kepada bekas Menteri Besar Selangor itu yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa untuk kembali memimpin negeri ini.

Menurut BH, beliau yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang bagaimanapun berkata, segala keputusan terletak kepada kebijaksanaan kepimpinan PN bagi menentukan calon terbaik menjawat jawatan penting berkenaan.

“Peluang sentiasa terbuka kepada Azmin sekiranya berjaya memenangi peringkat DUN (Dewan Undangan Negeri),” katanya.

Dr Zulkafperi berkata, PN juga yakin ke arah itu berdasarkan pengalaman Azmin yang dilihat membantu kemenangan di Selangor nanti.

Namun, beliau berkata, Azmin juga Ketua Penerangan PN dilihat berdepan tugas berat mempertahankan kerusi DUN Bukit Antarabangsa yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Kerusi itu dijangka sengit kerana pengundi Melayu tidak sampai 50 peratus dan ia semestinya sukar. Kita tidak menolak kemungkinan sama ada beliau kekal atau memilih DUN lain yang mungkin berpihak kepada PN,” katanya.

Untuk rekod, Azmin menjawat jawatan Menteri Besar Selangor dari 2014 hingga 2018 dan menjadi ADUN Bukit Antarabangsa sejak 2008.

Dalam pada itu, Dr Zulkafperi berkata, PN melahirkan keyakinan mampu memenangi 33 kerusi DUN pada PRN nanti.

Untuk rekod, DUN Selangor mempunyai 56 kerusi.

Beliau berkata, jentera PN ketika ini dalam keadaan siap siaga dan berada pada tahap terbaik.

“Hasil pemerhatian mendapati ramai anak muda semakin kuat menyokong PN terutama menerusi platform media sosial. Saya yakin PN mampu menawan Selangor menerusi penyatuan ummah antara Bersatu dan PAS.

“Kita mahu gelombang orang Melayu diteruskan dengan memberi sokongan kepada PN dan menolak PH (Pakatan Harapan) dan BN (Barisan Nasional),” katanya.

Berita berkaitan
Lokasi majlis buka puasa di MAEPS bersama MB Kedah dibatalkan pula, arahan siapa?
March 29, 2023· Politik
Kerajaan takut nak bincang lawatan PMX ke Arab Saudi, usul PN ditolak
March 28, 2023· Politik
UMNO akan hulur persahabatan dengan DAP bagi hadapi PRN Pulau Pinang: Zahid
March 26, 2023· Politik
Pembahagian kerusi PN dalam PRN berjalan dengan baik, sudah selesai: Sanusi
March 25, 2023· Politik
Popular
Adakah Najib akan dibebaskan esok semasa pentadbiran kerajaan campuran?
March 30, 2023
PAS kata PRN masa sesuai PH, DAP putuskan terus nyawa UMNO
March 31, 2023
Ketua Pemuda UMNO pula sindir Exco Melaka isu kerajaan ‘tebuk atap’
March 30, 2023
AJK UMNO Bahagian Tangga Batu tak iktiraf Rais Yasin ketua baharu
March 30, 2023
Lagi Politik terkini
PAS kata PRN masa sesuai PH, DAP putuskan terus nyawa UMNO
5 jam lalu · Politik
Adakah Najib akan dibebaskan esok semasa pentadbiran kerajaan campuran?
14 jam lalu · Politik
PH setuju tubuh kerajaan campuran UMNO-PH Melaka
16 jam lalu · Politik
Larangan terhadap MB Kedah: PH-BN bawa landskap politik lapuk
16 jam lalu · Politik
Ketua Pemuda UMNO pula sindir Exco Melaka isu kerajaan ‘tebuk atap’
17 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Machang tak buat laporan polis, dakwaan Jelutong berniat jahat
March 29, 2023
[VIDEO] Bantah bahasa Inggeris dalam RUU, Besut digantung tiga hari
March 29, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok