Azalina layak dilantik jadi Peguam Negara kerana PH juga sokong

October 2, 2021 · Politik

Bekas Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Seri Azalina Othman Said layak dilantik sebagai Peguam Negara baharu kerana turut mendapat sokongan blok pembangkang, Pakatan Harapan.

Cadangan tersebut dilontar seorang pemimpin veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Samad selepas pengumuman Azalina dilantik Penasihat Khas Perdana Menteri (PM) bagi hal ehwal undang-undang dan hak asasi manusia baru-baru ini, malah PH juga tidak ditolak akan memberi sokongan penuh kepada lantikan tersebut.

“Bagi saya, Azalina layak sangat dilantik sebagai peguam negara supaya negara boleh berubah kepada pemisahan peranan Peguam Negara (sebagai anggota Jemaah Menteri dan penasihat undang-undang kerajaan) dengan peranan pendakwa raya,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya hari ini.

Untuk rekod, Azalina merupakan salah seorang daripada 15 Ahli Parlimen (MP) yang menarik sokongan terhadap Tan Sri Yassin Muhyiddin dan bertindak meletak jawatan sebagai Timbalan Speaker.

PM Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pelantikan MP Pengerang itu sebagai penasihatnya, malah sebelum ini spekulasi juga mengatakan Datuk Seri Najib Razak bakal dilantik sebagai penasihat ekonomi kepada Naib Presiden UMNO itu.

Sebelum ini, Azalina juga mendapat sokongan daripada pembangkang yang menyarankan beliau dimasukkan ke Kabinet, bagaimanapun namanya tidak tersenarai dalam Jemaah Menteri.

Terdahulu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengesahkan Timbalan Pengerusi Nasional parti itu, Gobind Singh Deo sudah bertemu dengan Azalina dalam usaha mengangkatnya sebagai Speaker Dewan Rakyat, menggantikan Datuk Azhar Harun.

PH nampaknya sudah terlupa penglibatan Azalina dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) semasa era pentadbiran Najib.

Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang pernah membuat tuduhan mengatakan Azalina menjadikan Parlimen dikawal oleh kerajaan. Ketika itu Azalina adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN).

Kata Kit Siang, Azalina melakukan kesilapan itu pada hari pertama Parlimen bersidang dengan berkata PM (ketika itu) Najib mempunyai ‘hak’ untuk menjawab soalan berhubung 1MDB dan ‘derma’ RM2.6 bilion apabila beliau memilih berbuat demikian.

“(Azalina) melakukan satu penghinaan kepada Parlimen dengan mendakwa bahawa Perdana Menteri mempunyai hak untuk memilih bila beliau mahu menjawab soalan mengenai 1MDB,” kata Kit Siang.

DAP juga pernah menuduh Azalina melakukan penghinaan dua kali terhadap Parlimen dalam kes membabitkan skandal 1MDB dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Kata DAP, Azalina berbohong ketika menjawab persoalan dibangkitkan Guan Eng bahawa anggota PAC diberitahu mengenai baris yang dihapuskan dalam Laporan PAC mengenai 1MDB.

Sekiranya Azalina dilantik sebagai Peguam Negara baharu, dijangka pembangkang, PH juga tidak bermasalah untuk menyokong pelantikan tersebut memandangkan persefahaman yang sudah dimerterai antara kerajaan dan PH.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
9 jam lalu· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
BN kalah PRU-15 sebab Zahid, kata Annuar Musa
November 21, 2022
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Lagi Politik terkini
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok