Awak suka atau tidak saya letak KJ di Sg Buloh: Tok Mat beritahu MIC

November 9, 2022 · Politik

Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan memberitahu beliau terpaksa bertekak dengan pemimpin MIC untuk meletak Menteri Kesihatan kerajaan sementara Khairy Jamaluddin di kerusi Parlimen Sungai Buloh pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) kali ini.

Ini kerana sejak tiga penggal lalu kerusi itu – yang majoritinya adalah pengundi Melayu – ditandingi wakil daripada MIC namun tewas.

Pada PRU-14 lalu, calon Pakatan Harapan daripada PKR R Sivarasa menang dengan majoriti 26,634 undi apabila memperoleh 43,631 undi, berbanding calon PAS (16.997 undi); Barisan Nasional (16,681 undi); dan PSM (642).

“Saya berdebat dengan MIC. Saya kata saya nak letak KJ di sana… awak diam, saya nak KJ ada. Awak mahu atau tidak, awak suka atau tidak, terpulang kepada awak”.

Demikian cerita Mohamad atau lebih dikenali sebagai ‘Tok Mat’ ketika beliau membuat keputusan untuk meletakkan Khairy di Sungai Buloh tetapi ditentang MIC kerana kawasan itu adalah kerusi mereka, menurut Malay Mail.

Khairy yang juga Menteri Kesihatan kerajaan sementara akan berdepan saingan tujuh penjuru dalam pilihan raya 19 November ini.

Calon lain yang akan bertanding di situ ialah Ahmad Jufliz Faiza (PRM); Mohd Akmal Mohd Yusoff (Pejuang); Nurhaslida Basri (Bebas); Syed Abdul Razak Syed Long Alsagoff (Bebas); Datuk R Ramanan (PH-PKR); dan Mohd Ghazali Md Hamin (Perikatan Nasional).

Mohamad juga menjelaskan bahawa beliau tidak memaksa Khairy yang juga penyandang kerusi Parlimen Rembau keluar dari Negeri Sembilan.

Dalam ceramah di Taman Widuri Indah, Rembau malam tadi (8 November 2022), beliau mendakwa Khairy diberitahu mengenai ‘rancangan Rembau’ sejak 2018 lagi.

“Saya perlu beritahu ini kerana orang kata saya halau KJ (Khairy). Saya tidak pernah halau KJ. Untuk makluman, saya pernah duduk bersama KJ pada November 2018 selepas PRU-14.

“(Saya beritahu) KJ, saya akan pergi ke Parlimen kerana saya timbalan presiden sekarang. Khairy kata dia faham dan minta saya carikan kerusi yang sesuai. Itu adalah perjanjian antara kami berdua, kami tidak ada masalah jadi kenapa orang lain mahu bising?” katanya.

Mohamad menambah beliau memang mencari tempat di Negeri Sembilan, sambil berkata beliau mahu menghantar Khairy ke Tampin, tetapi penduduk di sana tidak mahu menteri kesihatan sementara itu.

“Kuala Pilah tidak mahu (dia)…. Alangkah ruginya. Jadi saya terpaksa mencari tempat yang paling selamat kerana Sungai Buloh, selama tiga penggal kami tidak meletakkan calon UMNO.

“Pengundi Sungai Buloh teruja dapat UMNO, calon Melayu – 70 peratus pengundi Melayu – sebab itu KJ bila pergi ke sana dan mendapat sambutan luar biasa, bukan? Jadi, jangan cakap saya cemburu, kalau saya cemburu dengan KJ, saya hantar dia bertanding di Bukit Kepong, atau Seputeh atau Bukit Bintang,” katanya.

Kerusi Parlimen Rembau menjadi topik hangat diperkatakan apabila Khairy mendakwa beliau disuruh memberi laluan dan tidak bertanding di kerusi itu pada PRU-15 ini.

Dalam ceramah di Paya Jaras Dalam, Sungai Buloh beberapa hari lalu, Khairy menyifatkan Parlimen Sungai Buloh bukan kerusi selamat sebagaimana dikatakan Mohamad, sebaliknya adalah kerusi bahaya.

Khairy berkata kerusi Parlimen Rembau yang dimenanginya selama tiga penggal berturut-turut adalah kerusi paling selamat – walaupun berlaku dua kali tsunami politik ke atas BN pada 2008 dan 2018 – tetapi beliau tetap menang.

“Di Selangor ni tidak ada harapan langsung untuk Barisan Nasional rampas balik negeri ini. Di (Parlimen) Sungai Buloh ni sudah kalah tiga kali berturut-turut. Tak ada siapa daripada Barisan Nasional… UMNO yang sanggup untuk datang (bertanding) di Selangor… sebab dikategorikan sebagai kawasan yang bahaya,” katanya.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Tuduh terima dana judi, PAS bidas Anwar berhenti tabur fitnah seperti UMNO
5 jam lalu· Politik
Dulu kritik PM jadi Menteri Kewangan, sekarang Rafizi kata boleh pula
18 jam lalu· Politik
Tarik sokongan dan desak PRU-15 masa banjir, siapa yang meroyan sebenarnya Zahid?
December 4, 2022· Politik
DAP telan setiap keputusan Anwar, malah sokong kleptokrat kembali
December 4, 2022· Politik
Popular
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
December 5, 2022
Media Indonesia perlekeh ‘reformasi’ dicanang Anwar selepas lantik kluster mahkamah
December 5, 2022
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
December 5, 2022
MP PKR malu, tertipu bila Anwar bersekongkol dengan kleptokrat
December 5, 2022
Lagi Politik terkini
UMNO tangguh PAU 2022, tak sempat hantar kad jemputan kepada DAP?
4 jam lalu · Politik
Media Indonesia perlekeh ‘reformasi’ dicanang Anwar selepas lantik kluster mahkamah
9 jam lalu · Politik
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
12 jam lalu · Politik
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
13 jam lalu · Politik
MP PKR malu, tertipu bila Anwar bersekongkol dengan kleptokrat
15 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] PDRM perlu adil, segera siasat PH sentuh Islam
1 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Muhyiddin di ceramah Grand Finale PRK Padang Serai
3 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok