Aura anak murid Anwar semakin kuat, ramai nak masuk UMNO semula

Selepas usaha Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri (PM) berjaya digagalkan walaupun dianggap sebagai cikgu sendiri, kini aura kehebatan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semakin dirasai.

Presiden UMNO yang juga merupakan anak murid Ketua Pembangkang itu kini semakin mendapat kepercayaan semula, malah mengatakan akan lebih ramai pemimpin parti itu yang keluar parti akan kembali semula ke pangkuan UMNO.

“Difahamkan ramai lagi pimpinan Bersatu merisik peluang kembali ke pangkuan UMNO.

“Insya-Allah kita perhalusi setiap permohonan dengan berlapang dada dan jiwa yang besar,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya.

Zahid sangat teruja susulan berita kembalinya Ketua Bersatu Putrajaya, Datuk Seri Erwan Mohd Tahir bersama lebih 120 ahli parti serpihan itu kembali menyertai UMNO baru-baru ini.

Ujarnya, perkembangan terbaharu ini membuktikan UMNO yang dipimpin beliau kini semakin kuat dan mengalu-alukan langkah mana-mana bekas pemimpinnya untuk kembali bersama parti itu semula.

“UMNO mengalu-alukan ‘sirih pulang ke gagang’ kepada mereka yang akhirnya menyedari UMNO jua parti yang benar, tulus serta jujur dalam perjuangan untuk agama, bangsa dan negara.

“Dengan izin dan inayah Allah, insya-Allah UMNO akan bangkit dan gemilang pada PRU-15 (Pilihan Raya Umum Ke-15),” katanya lagi.

Terdahulu, Zahid juga sekali lagi mengumumkan mereka akan mempertahankan semua kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi parti itu pada PRU-14 lalu.

Anak murid Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim itu juga berkata tidak akan berkompromi pembahagian kerusi dengan Perikatan Nasional, malah menyatakan keyakinan akan menyapu bersih semua kerusi yang ditandingi parti itu.

Zahid juga berkata Kerajaan ‘Keluarga Malaysia’ yang dipimpin PM Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hanya berbentuk sementara sahaja dan akan bertukar apabila UMNO kembali menjadi dominan nanti di Putrajaya.

Untuk rekod, Zahid pada awalnya mengetuai kumpulan 15 Ahli Parlimen yang menarik sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin sehingga menyaksikan UMNO kembali berkuasa selaku parti utama.

Zahid juga pada awalnya berkomplot dengan Anwar menerusi pendedahan satu klip audio tular pada April lalu, bagaimanapun Anwar ditipu hidup-hidup dan gagal dalam usahanya menjadi PM selepas Ismail Sabri memperoleh majoriti yang diperlukan.

BERITA BERKAIT
POPULAR