Asyraf Wajdi sudah gawat, tulis demi Allah undi… diberi RM100

November 29, 2022 · Politik

“Wallahi…saya undi ___ ___ ___”. Sambil dihulurkan wang RM100. Ini ada RASUAH yang nyata. Lebih jijik apabila bertopengkan dan beralaskan Agama untuk menjustifikasi tindakan.”

Wallahi bermaksud ‘Demi Allah’ dan ungkapan ini dinyatakan Ketua Pemuda UMNO Asyraf Wajdi Dusuki dalam Facebooknya jam 7.11 pagi ini setelah solat Subuh.

Menggunakan hujah dan sumpah dengan nama Allah itu juga biasanya dibuat oleh ahli politik bagi meyakinkan umat Islam bahawa ada pihak menggunakan wang bagi membeli undi.

Bagaimanapun, Asyraf Wajdi yang kalah di Parlimen Gerik dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu tidak pula menyatakan sama ada dia sendiri yang diberikan wang RM100 itu atau pihak lain yang menceritakan kepadanya berhubung ‘rasuah’ politik itu.

Pemimpin Pemuda UMNO yang sudah tiga kali ditolak dalam cubaannya untuk menjadi wakil rakyat itu juga tidak menyatakan sama ada ‘rasuah’ itu berlaku ketika pemilihan UMNO atau PRU lalu.

Namun, andaian boleh dibuat kejadian sogokan membeli undi itu berlaku dalam beberapa siri pemilihan UMNO sebelum ini, kerana umum mengetahui bahawa parti itu sememangnya banyak terlibat dengan rasuah sehingga melibatkan berbilion-bilion ringgit wang rakyat.

Malah, sehingga kini masih ada pemimpin atasan UMNO yang berhadapan tuduhan di mahkamah kerana menerima rasuah.

Sebelum ini, Asyraf Wajdi dilaporkan yakin kiamat akan berlaku jika tidak ada rasuah.

Memetik Getaran ketika diwawancara sebuah rancangan bual bicara Ketua Pemuda UMNO itu menegaskan, rakyat ketika ini berada dalam dunia yang tidak sempurna.

Jelasnya, dunia yang ideal dan bersih daripada rasuah hanya akan berlaku apabila kiamat sudah melanda.

“Negara kita (jika) tidak ada langsung rasuah, semuanya bersih maknanya itu kiamat tandanya. Kita berada dalam dunia yang tidak sempurna.

“Kalau mengharapkan sesuatu yang ideal, negara tidak ada langsung rasuah semuanya bersih maknanya itu kiamat. Realitinya, apa yang harus kita lakukan pastikan tidak adanya ketirisan dan rasuah itu dapat dikurangkan ke tahap minimum,” kata Asyraf Wajdi.

Bagaimanapun, beliau kemudian mendakwa kenyataannya berhubung isu rasuah dan kiamat itu telah diputarbelitkan untuk dijadikan bahan fitnah.

Adakah apa yang ditulis oleh Asyraf Wajdi – pemuda dengan latar belakang pendidikan Islam – berhubung sumpah dengan nama Allah di atas bukannya fitnah?

Berita berkaitan
Mahkamah benar pasport diserah kepada Rosmah buat sementara
March 21, 2023· Isu semasa
MB perlu bercuti sementara ketika siasatan sedang berjalan: Pemuda PAS Selangor
March 16, 2023· Politik
Rakyat lihat lantikan Asyraf sebagai habuan politik, kata Shahril
March 14, 2023· Politik
Lantik ahli politik dalam GLC, Bersih bidas Anwar cakap tak serupa bikin
March 13, 2023· Uncategorized
Popular
Sekarang Anwar jadi PM, orang Melayu nak berkumpul pun tak boleh: Dr Mahathir
March 23, 2023
Kalah tiga pilihan raya, Asyraf dilantik jadi Setiausaha Agung UMNO baharu
March 22, 2023
Saya sibuk, tak sempat baca surat MUDA mohon sertai PH: Saifuddin
March 22, 2023
Jangan pandang ringan ‘suara dari penjara’, kata KJ kepada UMNO
March 21, 2023
Lagi Politik terkini
Puak politik liberal lindungi LGBTQ, acara songsang terbuka di Malaysia
29 minit lalu · Politik
Sekarang Anwar jadi PM, orang Melayu nak berkumpul pun tak boleh: Dr Mahathir
9 jam lalu · Politik
Kalah tiga pilihan raya, Asyraf dilantik jadi Setiausaha Agung UMNO baharu
21 jam lalu · Politik
Saya sibuk, tak sempat baca surat MUDA mohon sertai PH: Saifuddin
24 jam lalu · Politik
Anwar beri cadangan dangkal cagar KWSP: Ketua Penerangan Bersatu
March 22, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Laporan polis premis mahu anjur pesta kepondanan, LGBT
23 jam lalu
[VIDEO] Bersatu persoal penjelasan Anwar isu kuasa pelepasan cukai
March 22, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok