Asyraf tak serik kalah, tawar tanding Pasir Puteh sekali lagi

October 15, 2022 · Politik

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki menawarkan diri sekali lagi sebagai calon Barisan Nasional (BN) di Parlimen Pasir Puteh pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), lapor Utusan Malaysia.

Pada PRU-14, Asyraf kalah dengan majoriti 1,360 undi di Parlimen Pasir Puteh di mana Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh daripada PAS menang undian sebanyak 32,307.

Meskipun sudah bersedia untuk sekali lagi bertembung dengan penyandang kerusi Parlimen itu, namun Asyraf menyerahkan kepada pucuk pimpinan untuk membuat keputusan.

“Terserah sama ada saya terpilih atau sebaliknya kerana yang lebih utama adalah memastikan UMNO kembali mentadbir negara,” katanya selepas menghadiri Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pasir Puteh Kali ke-26 di Dewan UMNO Uthmaniyiah Pulau Lima semalam.

Asyraf yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh berkata UMNO Bahagian Pasir Puteh sudah bersiap sedia untuk menawan kerusi Parlimen Pasir Puteh bagi memastikan kerajaan Persekutuan kembali diterajui oleh UMNO-BN.

“Kenyataan dan keputusan pucuk pimpinan PAS sudah menggambarkan pendirian muktamad mereka untuk bersama dengan PN bukan bersama BN atau UMNO,” katanya.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Main naratif judi, Anwar dan Zahid berharap dapat tipu rakyat lagi?
33 minit lalu· Politik
Tuduh terima dana judi, PAS bidas Anwar berhenti tabur fitnah seperti UMNO
7 jam lalu· Politik
Dulu kritik PM jadi Menteri Kewangan, sekarang Rafizi kata boleh pula
20 jam lalu· Politik
Tarik sokongan dan desak PRU-15 masa banjir, siapa yang meroyan sebenarnya Zahid?
December 4, 2022· Politik
Popular
Media Indonesia perlekeh ‘reformasi’ dicanang Anwar selepas lantik kluster mahkamah
December 5, 2022
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
December 5, 2022
UMNO tangguh PAU 2022, tak sempat hantar kad jemputan kepada DAP?
December 6, 2022
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
December 5, 2022
Lagi Politik terkini
UMNO tangguh PAU 2022, tak sempat hantar kad jemputan kepada DAP?
5 jam lalu · Politik
Media Indonesia perlekeh ‘reformasi’ dicanang Anwar selepas lantik kluster mahkamah
11 jam lalu · Politik
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
13 jam lalu · Politik
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
15 jam lalu · Politik
MP PKR malu, tertipu bila Anwar bersekongkol dengan kleptokrat
17 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] PDRM perlu adil, segera siasat PH sentuh Islam
3 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Muhyiddin di ceramah Grand Finale PRK Padang Serai
5 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok